in

“Kalau ada jodoh, adalah”, Maya Karin Akui Berkawan Rapat Dengan Jejaka Perancis

Cover 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin berumur, semakin manis wajahnya. Pelakon Maya Karin mengakui bahawa dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka Perancis yang dikenalinya sejak setahun lalu.


Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke berkata perkenalan mereka sudah hampir setahun dan setakat ini semuanya berjalan dengan baik.

Pelakon berusia 43 tahun itu turut berkongsikan kesanggupan jejaka Perancis itu menemaninya di majlis pelancaran minyak wangi baru-baru ini.

“Dia juga sanggup datang untuk menemani pada majlis pelancaran minyak wangi saya ini. Buat masa ini, kami masih dalam proses mengenali hati budi lagi,” katanya ketika ditemui sumber pada majlis pelancaran minyak wangi By Maya Karin yang berlangsung di World Trade Centre (WTC).

Kos Maya Karin 8 E1600691751642

Sambung Maya lagi, dia masih belum meletakkan sasaran ke arah perkahwinan dengan jejaka berusia awal 40-an itu. Jelasnya, hubungan mereka masih di peringkat awal dan belum bersedia untuk menuju ke fasa perkahwinan.

“Masih jauh lagi untuk hubungan kami menuju ke fasa perkahwinan kerana saya lebih suka ‘go with the flow’. Kalau ada jodoh kami, adalah,” katanya kepada sumber.

Dalam pada masa yang sama, Maya turut berkata dia tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi pada hubungan yang baru terjalin itu kerana sudah banyak belajar dari pengalaman bercinta sebelum ini.

“Saya pernah menjalinkan hubungan cinta dan hati saya sangat berbunga-bunga ketika itu tapi akhirnya ia putus di tengah jalan.

“Saya sakit hati dan terluka ketika itu. Justeru, bila usia semakin matang, saya tidak mahu bercinta seperti remaja kerana mahu menjaga hati sendiri terlebih dulu,”, jelas pelakon itu.

Semoga semuanya baik-baik saja buat Maya Karin!

Kredit: Harian Metro

BACA: Netizen ‘Impressed’ Bila Maya Karin Mengaku Dirinya Pernah Jadi Extra Movie Hollywood Masa Umur 17 Tahun

Capture 9

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.