Mata tajam netizen ini memang kita tak boleh nak ramalkan, buktinya selama ini ramai orang tak pernah tahu dan perasan pasal Maya Karin pernah memegang watak tambahan dalam satu movie Hollywood, Entrapment, tapi warganet boleh perasan.
Rasanya tuan empunya badan sendiri tak pernah gembar gemburkan pasal hal ini.
Ya, itu adalah movie gig pertama saya” – Maya Karin
Perkara itu mula diketahui apabila ada netizen tangkap gambar paparan skrin dari Netflix mengenai filem lakonan pelakon tersohor Hollywood Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones itu.
Kalau ada yang ingat, filem yang berkisar tentang kisah cinta antara penyiasat insurans dan penjenayah ini menjadikan Kuala Lumpur, Malaysia sebagai salah satu lokasi penggambaran kerana negara ini dijadikan satu destinasi dan lokasi rompakan mereka.
Berbalik kepada Maya Karin, ada netizen perasan kelibatnya dalam paparan filem yang ditayangkan pada tahun 1999 itu.
Disebabkan itu, netizen terus tanya primadona tersohor ini menerusi Twitter.
is that u @maya_karin #entrapment #Netflix pic.twitter.com/X4DSpnVNxR
— ?themateenhansel? (@themateenhansel) November 7, 2021
Sebagai pengguna Twitter yang rajin dan aktif berinteraksi dengan para peminat, Maya Karin tampil memberikan respon dan akui bahawa gadis itu adalah dirinya.
Katanya, itu adalah movie gig pertamanya sewaktu Maya berumur 17 tahun, walaubagaimanapun Maya menjelaskan bahawa dia hanya sekadar watak tambahan dalam filem itu.
Ahaha! Yes it is, my first movie gig when I was 17 terus masuk Hollywood haha. Extra je ? https://t.co/Wv7DocJZBw
— Maya Karin (@maya_karin) November 9, 2021
Ia sudah semestinya membuatkan netizen tertarik dan bangga apabila membaca pendedahan daripada Maya Karin ini, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam ini juga turut kongsikan pengalamannya semasa penggambaran tersebut dimana dia dibayar sebanyak RM 500 untuk ‘bekerja’ selama satu malam.
Malah, selepas mengetahui perkara ini, ada juga netizen jadi teruja untuk menonton filem ini demi Maya Karin selain mendapat pujian daripada netizen dengan sikapnya yang begitu merendah diri.
Selain Entrapment, Maya Karin juga pernah terlibat dalam satu filem dari Hollywood yang berjudul Alone itu dengan memegang watak sebagai Penganalisa Perubatan.