in

Kakitangan Farmasi Terkilan Kena Kutuk Di Facebook Oleh ‘Stranger’ Yang Salah Anggap

Ft Farmasi Rasa Sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang dah jadi satu lumrah hidup di dunia ini bahawa akan ada orang yang tak berapa suka dengan kita tanpa sebab walaupun kita tak kenal dia pun.

Walaupun kita sebagai individu dewasa sudah faham dan tahu mengenai perkara ini tapi ia pasti menjejaskan emosi kita jika kita dapat tahu dan saksikan sendiri kebencian yang dilemparkan kepada kita.


Perkara inilah yang terjadi kepada kakitangan farmasi yang dikenali sebagai @hisyamhafezz ini.

 

This is things I have to deal with sebagai seorang lembut

Menerusi TikTok miliknya, pemuda ini menjelaskan bahawa dia adalah individu yang mengendalikan pemasaran di tempat farmasi dia berkhidmat.

Jadi, dia banyak muncul dalam video-video yang melibatkan sebarang kandungan untuk tujuan pemasaran di sosial media rasmi farmasi itu.

Dia menceritakan bahawa dirinya dikecam di Facebook oleh individu yang disulitkan identitinya, ianya terpapar dalam videonya dimana  orang itu menghina dan mengecam dirinya sebagai lelaki yang berpewatakan lembut.

Mungkin kalau sekali dua tu boleh lah, tapi ini banyak, hinaan demi hinaan dia terima, lebih-lebih lagi apabila lelaki ini cakap dia mahu ambil tindakan.

@hisyamhafezz

This is things i have to deal with sebagai seorang lembut. #fyp

♬ kiss the rain – yiruma

Pada mulanya, lelaki ini buntu memikirkan punca kalau dia ada tersilap kata atau bersikap biadap dengan para pelanggan namun setelah diketahui puncanya, ia makin membuatkan pemuda ini tertanya-tanya.

Dikatakan, individu yang mengutuknya itu ada ternampak dia dalam satu ‘event’ dan nak dipendekkan cerita, dia ada gelak sakan bersama rakan-rakan lain.

Namun, individu itu terasa seperti lelaki ini dan rakan-rakannya gelakkan dia padahal tidak.

@hisyamhafezz

Reply to @hisyamhafezz

♬ kiss the rain – yiruma

@hisyamhafezz

Reply to @hisyamhafezz Last part ❤️

♬ kiss the rain – yiruma

Walaubagaimanapun, isu ini akhirnya diselesaikan dengan cara baik setelah pihak polis berjumpa dengan pelaku dan meminta lelaki ini untuk selesaikan dengan cara baik. Tapi, walaupun dah berjumpa dengan pelaku, lelaki ini terkilan apabila si pelaku berkeras dengan anggapan dia bahawa lelaki ini ada mengutuknya.

Alahai, mungkin overthinking kot, jadi pengajaran disini adalah agar kita kena berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan dan usahlah terlalu fikirkan sangat apa yang seseorang itu bincangkan.

Baca : Ini Cara Presiden Russia ‘Settlekan’ Farmasi Yang Jual Topeng Muka Dengan Harga Cekik Darah

Untitled Collage 64 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.