Kreatif! Baru hari tu viral pual Akatsuki dalam cerita anime Naruto wujud di Indonesia, kini viral pulak watak Kakashi jadi tukang gunting rambut.
Dress up ala-ala Kakashi
Di Ipoh, seorang tukang gunting rambut telah menarik perhatian pelanggannya apabila dress up seperti Kakashi Hatake yang menjadi guru kepada Naruto, Sasuke dan Sakura dalam waak animasi terkenal Naruto.
Sumber: Twitter
Guna cara unik untuk tarik pelanggan
Idea kreatif dari tukang gunting rambut yang unik ni salah satu cara mereka menarik pelanggan dan yang penting lain dari yang lain berbanding kedai gunting rambut yang ada di sekitar Ipoh.
Bak kata pemilik akaun @cabellobarbershop di captionnya “I won’t allow my comrades to look bad
I’ll protect your style with my life TRUST ME..!!! KAKASHI HATAKEI “Improve Your Selfie” “Go And See Your Barber”
Sumber: Instagram
Netizen- netizen di Twitter pun turut terhibur dan tertarik dengan keunikan gaya tukang gunting rambut ni dan ramai juga yang nak pergi ke kedai gunting rambut ni untuk dapatkan gaya guntingan rambut dari Kakashi.
Sumber: Twitter
Apa lagi, yang ada dekat area Ipoh boleh serbu kedai gunting rambut ni cepat. Semoga dimurahkan rezeki mereka!
Baca: Puak Akatsuki Dalam Naruto Rupanya Wujud Di Indonesia!