in

“Kakak cuba tanggal baju dipakainya, namun ia melekat pada kulit”: Kanak-Kanak 5 Tahun Kritikal Melecur ‘Bermandikan’ Sambal Popia Mendidih

Feat 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Harian Metro ada melaporkan tentang seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun, Azalea Hani Abdul Rahim yang melecur seluruh badan dan berada dalam keadaan yang agak ‘kritikal’ selepas terkena sambal popia basah yang mendidih.


Menurut laporan tersebut, kejadian dipercayai berlaku di rumah ibu saudara mangsa di Bandar Tasik Puteri, Rawang pada 7 Februari lalu.

 

Azalea semakin kritikal, dipindahkan ke ICU

Namun apa yang menyedihkan tahap melecur kanak-kanak itu dikatakan semakin kritikal dan menyebabkan mangsa dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut..allahu semoga adik ini baik-baik sahaja.

Ibu mangsa, Zalida Syuhana Ahmad Tamam, 43 tahun berkata Azalea dirawat di wad kanak-kanak biasa, namun terpaksa dipindahkan ke ICU selepas tahap kesihatannya semakin merosot pada hari kedua dia dirawat di hospital berkenaan.

“Sehingga ke hari ini, dia sudah menjalani enam pembedahan bagi membuang kulit mati selain mengatasi masalah jangkitan kuman dialaminya di seluruh badan.

“Doktor memaklumkan Azalea perlu menjalani pembedahan ketujuh, Jumaat ini yang menelan kos kira-kira RM20,000,”

52730240 2282090271823002 3629777570242756608 N

52450127 2282090268489669 1255295090943852544 N

Kronologi Azalea ‘bermandikan’ kuah popiah basah mendidih

Menurut Zalida, ketika kejadian anak perempuannya itu berada di rumah ibu saudaranya untuk meluangkan masa ketika cuti sekolah bersama sepupunya yang lain.

Katanya, dia bekerja pada waktu itu sebelum dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh kakaknya yang berusia 45 tahun kira-kira pukul 8 malam.

Zalida berkata ramai anak-anak saudara mereka berkumpul di rumah kakaknya itu, yang juga penjual popia basah.

“Ketika kejadian, kakak meninggalkan sambal yang sedang masak di dalam periuk di dapur untuk solat Maghrib bersama ibu berusia 67 tahun.

“Beberapa minit kemudian, dia memaklumkan terdengar tangisan dan jeritan anak dari bahagian dapur sebelum bergegas meninjau apa yang berlaku.

“Ketika ditemui, keseluruhan badan Azalea (Hani) dipenuhi sambal berkenaan yang tumpah daripada periuk terbabit.”

Screen Shot 2019 02 21 At 10.39.03 Am

Baju melekat pada kulit!

Selepas sahaja menyedari perkara tersebut, kakaknya terus menjirus air ke bahagian badan Azalea dan cuba menanggalkan baju yang dipakai kanak-kanak perempuan tersebut pada waktu itu.

Namun gagal, kerana baju yang dipakai Azalea melekat pada kulitnya.

“Seluruh badan Azalea dipenuhi dengan cili menyebabkan kakak terpaksa menjirus air ke badannya, malah kakak cuba menanggalkan baju dipakainya, namun ia melekat pada kulit Azalea.

“Mereka terus membawa Azalea ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Selain Azalea, seorang lagi anak saudara lelaki saya berusia enam tahun turut terkena sambal berkenaan menyebabkan dia melecur di bahagian kaki dan tangan.”

53218992 2282090251823004 8291578091713593344 N

Keluarga buntu kumpul wang untuk kos rawatan yang mencecah ribuan ringgit

Zalida berkata di kini runsing memikirkan cara untuk mengumpul wang bagi perbelanjaan kos rawatan anak bongsunya itu.

“Sepanjang tempoh dia di hospital beberapa minggu lalu saja sudah menelan kos ribuan ringgit.

“Sekarang, kami sekeluarga buntu mencari jalan mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan pembedahan itu.

“Doktor memaklumkan akan ada pembedahan susulan dibuat sekiranya pembedahan dilakukan nanti tidak memberikan maklum balas positif terhadap tahap kesihatannya,”

52599417 2282090371822992 7601126115645587456 N

52402711 2282090361822993 1209856063529025536 N

52783921 2282090261823003 688488445869293568 N

So, kepada orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan kepada Zalida boleh menghulurkan sumbangan di akaun bank Maybank miliknya, 112183138233 (Zalida Syuhana Ahmad Tamam).

Baca : Kulit dagu bercantum leher Kanak-kanak Ini Sengsara Selepas Tubuhnya Melecur Disambar Api

Melecur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.