in

Kajian Menunjukkan Graduan Melayu dan Pencari Kerja Didiskriminasi Di Malaysia

Gallery Dps201075

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bilangan graduan yang menganggur, terutamanya Melayu bukan lah satu berita yang baru di Malaysia ini. Masing-masing menyalahkan apa yang boleh dipersalahkan kecuali diri sendiri. Tapi bagaimana jika Melayu sememangnya didiskriminasi?


 

Anda diminta untuk berfikiran terbuka semasa membaca artikel ini. Saya membaca satu kajian baru-baru ini dan agak terkejut dengan keputusannya. Kajian tersebut bertajuk ‘Discrimination of High Degrees : Race and Graduate Hiring in Malaysia’ dan diterbitkan di dalam Journal of Asia Pacific Economy oleh penyelidik daripada UM dan UKM. Ini kandungan kajian tersebut:

 

Terbitan itu mengkaji tentang diskriminasi kaum dalam pengambilan pekerja dari graduan baru di Malaysia melalui eksperimen lapangan. Kami menghantar beberapa resume Melayu dan Cina yang direka untuk iklan mencari kerja kemudian menganalis dari segi panggilan semula untuk temuduga sama ada ia mempunyai kaitan dengan perbezaan kaum,

Kami dapati kaum adalah lebih diutamakan daripada kualiti resume calon, di mana kaum Melayu di Malaysia paling kurang dipanggil semula untuk temuduga. Faktor lain seperti penguasaan bahasa, keperluan bahasa mengikut pekerjaan serta profil majikan, mempengaruhi sikap majikan yang berat sebelah. Pemohon yang fasih berbahasa Cina dianggap lebih bagus, dan syarikat yang dikuasai oleh kaum Cina atau asing dilihat lebih berminat dengan resume pemohon Cina, dengan menjadikan keserasian budaya sebagai salah satu penyebab diskriminasi. Resume dari pemohon Melayu selalunya hanya dilihat dan dinilai dengan buruk serta sikap majikan menilai tentang kualiti pelajaran dan peluang pekerjaan dalam sektor awam diperhatikan turut mengambil kira perbezaan kaum.

[sociallocker id=”1666″]

Mari saya terangkan supaya lebih mudah untuk anda faham:

 

Apabila resume palsu graduan baru dari kaum Melayu dan Cina, pemohon Melayu didapati kurang mendapat panggilan semula untuk temuduga. Majikan memandang rendah dengan Melayu dan menganggap kualiti pelajaran mereka lebih rendah serta menganggap Melayu akan ada peluang lain seperti peluang perkerjaan di sektor awam”.

Semua tidak sukakan diskriminasi, sama juga seperti saya. Bagaimana kajian ini dijalankan sehingga mendapat konklusi sebegini?

 

BAGAIMANA KAJIAN DIJALANKAN

Kajian itu telah:

  • Menghantar 3000 resume palsu dibahagikan kepada 4 kategori: AA Melayu, AA Cina, BA Melayu, BA Cina. (AA= Above average, BA= Below average)
  • CGPA, nama universiti, penguasaan bahasa dan kemahiran teknikal diletakkan secara rawak
  • Menghantar permohonan jawatan kosong dalam jabatan kewangan dan kejuruteraan
  •  Tiada kaum yang lain (hanya Melayu dan Cina)

Penyelidik itu:

  • Secara umumnya, mendapati bahawa pemohon AA mendapat lebih banyak panggilan semula daripada pemohon BA. Apa yang menarik perhatian, pemohon AA Melayu mendapat kadar panggilan semula yang lebih rendah daripada pemohon BA Cina.
  • Keputusan menunjukkan pemohon Cina mendapat 22.1% panggilan semula secara purata manakala pemohon Melayu mendapat 4.2% panggilan semula secara purata
  • Pemohon Melayu dalam jabatan kejuruteraan mendapat kadar panggilan semula paling rendah iaitu 2.9%
  • Pemohon Melayu dari universiti swasta mendapat kadar panggilan semula paling rendah
  • Pemohon daripada UTAR lebih mendapat panggilan semula daripada pemohon daripada UiTM
  • Pemohon Melayu yang mempunyai penguasaan dalam bahasa Cina mendapat lebih panggilan semula
  • Penguasaan dalam bahasa Inggeris dan Melayu serta penggunaan bahasa Inggeris untuk membuat cover letter juga memberi kesan dalam mendapat panggilan semula
  • Penyelidik membuat pengiraan tentang kadar panggilan semula di antara syarikat yang dikuasai kaum Cina, asing dan Melayu. Pemohon Melayu mendapat panggilan semula paling rendah dari kesemua syarikat. Malah, syarikat dikuasai Melayu juga lebih memandang dan memilih pemohon Cina 1.6 kali lebih daripada pemohon Melayu

 

APA YANG MENYEBABKAN PERKARA INI BERLAKU

Menurut penyelidik, data yang terkumpul tidak dapat memberikan keputusan muktamad sebagai konklusi. Tetapi beberapa perkara penting ditekankan:

  • Keserasian budaya dan penguasaan bahasa diambil kira. Majikan yang mempunyai kaum Cina sebagai sebahagian besar pekerjanya melihat Melayu kurang menerima tawaran pekerjaan (atau berhenti dalam masa beberapa bulan), memandangkan Melayu mempunyai kecenderungan dalam berasa tidak selesa dengan perkara sebegini. Teori penyelidik, Melayu lebih memilih suasana tempat kerja di mana adat, agama dan bahasa pertuturan di tempat kerja yang sama seperti mereka.
  • Pemohon Melayu dipandang rendah. Ini dapat dilihat apabila BA Cina mendapat lebih banyak kadar panggilan semula daripada AA Melayu. Tiada keputusan muktamad atau konklusi dapat diberi kecuali stereotaip negatif lebih kuat kerana pengalaman lepas dan jurang perhubungan di antara kedua-dua kaum sebelumnya.
  • Pemikiran dan tindakan pro-Melayu. Seperti satu perkara biasa di mana ramai beranggapan bahawa Melayu mempunyai kualiti pelajaran yang rendah dan peluang yang tinggi dalam sektor awam. Satu isu yang agak kompleks dan memerlukan kajian lain yang lebih terperinci untuk mendapat konklusi. Tetapi penyelidik bersetuju bahawa polisi pro-Melayu mungkin boleh menghadkan prospek pekerjaan graduan Melayu.

 

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN

Mungkin ramai selalu berfikir ‘Melayu gemar mengadu dan mengeluh’ bila mereka kata susah untuk dapat kerja, bayaran yang tinggi atau peluang yang terhad.

Sekarang, bukti kukuh dapat menjelaskan diskriminasi yang berlaku di mana 22.1% kadar panggilan semula dan 4.2% kadar panggilan semula adalah perbezaan yang sangat besar. 1 daripada 5 pemohon Cina mendapat panggilan semula untuk temuduga, manakala 1 daripada 20 Melayu mendapat panggilan semula untuk temuduga.

Kurang mendapat panggilan semula bermaksud kurang peluang pekerjaan, mungkin terpaksa mengambil kerja yang stabil tetapi dengan gaji yang rendah dan terperangkap di dalam kuasa ekonomi yang rendah dalam jangka masa yang lama.

[/sociallocker]

APA TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL

Majikan (Tak kira bangsa):

  • Jika pekerja anda sebahagian besarnya hanya kaum yang sama, mempelbagaikan tempat kerja akan memberi anda lebih keuntungan. Selain itu, ia satu kelebihan jika tenaga kerja anda mempunyai keseimbangan kaum.
  • Anda (majikan Melayu juga) perlu tahu, dengan bersikap berat sebelah terhadap pemohon Melayu, anda mungkin berpotensi untuk terlepas pemohon Melayu yang berkaliber.

Graduan Melayu dan yang sedang mencari kerja: 

  • Jika anda mempunyai penguasaan dalam bahasa Cina, pastikan anda nyatakan di dalam resume. Jika tiada dan susah untuk mendapat kerja, ambil kelas Mandarin secara sambilan. Sudah terbukti, penguasaan bahasa Cina mempengaruhi kadar panggilan semula untuk temuduga
  • Cari kawan yang berbeza kaum. Cari kawan yang berbeza kaum. Cari kawan yang berbeza kaum. Libatkan diri dalam acara lain, bukan hanya acara yang dihadiri kaum Melayu sahaja. Jadilah kawan yang baik dan orang yang menghormati orang lain.
  • Walaupun anda percaya dengan takdir, rezeki dan kaum sendiri 100%, jangan biar diri anda dinilai dan dipandang rendah. Jadilah seorang yang mudah didekati dan mudah bergaul.

 

Artikel ini pertama kali diterbitkan di Ringgit oh Ringgit blog. Artikel ini diterbitkan semula dengan kebenaran.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.