in

Kajian : Lebih 69 Peratus Pekerja Di Malaysia Rasa Tak Selesa Untuk Masuk Kerja Pada Masa Ini

Feat 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari, banyak sektor telah memulakan kembali operasi mereka.


Malah ramai yang sudah mula masuk kerja dan melakukan kerja seharian seperti biasa.

Persoalannnya, adakah mereka rasa selamat? selesa? dan gembira masuk kerja?

Menurut kajian yang dlakukan penyedia penyelesaian pengurusan berpengalaman Qualtrics,

Lebih 69 peratus pekerja pelbagai peringkat usia di Thailand dan Malaysia rasa tidak selesa untuk kembali ke tempat kerja pada masa ini.

Img 20200623 152433

 

Kajian “Return to Work and Back to Business” juga mendedahkan yang mereka juga perlu rasa yakin untuk memasuki kehidupan masyarakat, lapor Harian Metro.

Dalam pada itu dilaporkan 62 peratus pekerja dijangka kembali bekerja pada Julai, manakala lebih separuh iaitu masing 58 peratus bagi rawatan dan 61 peratus bagi vaksin perlu diluluskan supaya mereka rasa selesa masuk kerja.

 

67 peratus rasa tak selesa guna pengangkutan awam

Sementara itu bagi pengguna pengangkutan awam pula, 67 peratus menyatakan berasa tidak selesa menggunakannya pada masa ini manakala 73 peratus mengatakan rasa tidak selesa menggunakan pesawat.

Mrt Saat Wabah Corona1

Justeru, ini pesanan Ketua Asia Tenggara Mao Gen Foo…

“Dengan langkah sekatan pergerakan mulai dikurangkan, kita mula melihat perniagaan dan tempat kerja dibuka semula dan kembali seperti sedia kala. Bagaimanapun, majikan dan perniagaan perlu ingat langkah membuka semula mungkin tidak sesuai dengan ketersediaan pekerja atau pelanggan mereka untuk kembali,”

pertubuhan dan kerajaan perlu faham bagaimana tingkah laku serta sikap pekerja dan pelanggan berubah supaya mereka boleh mengambil tindakan dalam membantu mereka (pekerja dan pelanggan) merasa lebih yakin pada fasa “normal baharu” berikutnya.

To be honest, admin pun still rasa takut-takut nak masuk kerja

Baca : Degil! Wanita Anjur Birthday Party Anak Masa Kuarantin, Akibatnya 17 Tetamu Dijangkiti Covid-19

Featured 9

Sumber: Lobak Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.