in

Kacak Dan Popular, Netizen Pesan Agar Luqman Hakim Tidak Bercinta Dengan Artis

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hubungan cinta di antara pemain bola sepak dengan selebriti bukanlah sesuatu yang baru. Di Malaysia sahaja, sudah ramai pemain bola sepak yang sudah berkahwin dengan pelakon Malaysia.


Baru-baru ini, bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Luqman Hakim Shamsudin telah berjaya menandatangani kontrak selama lima tahun bersama KV Kortrijk.

A 13

Rata-rata peminat bola sepak tempatan gembira dengan pemindahan ini dan berharap agar ini adalah pintu jalan buat lebih ramai lagi pemain Malaysia untuk bermain di Eropah.

Melihatkan Luqman yang masih muda dan popular, pemain penyerang ini dinasihatkan oleh netizen agar terus cekal di luar negara dan tidak menjalinkan hubungan cinta dengan selebriti.

“Jangan couple dengan artis”

Lebih lucu, netizen turut mengingatkan Luqman tentang tiga perkara yang boleh menjatuhkan sesebuah negara menurut petikan dialog dari filem Rock Oo. Macam-macam hal betul!

Efb5S1Juwaaclce

Semoga Luqman Hakim terus sukses dan berjaya menempa nama di Eropah. Sama-sama kita doakan!

 

BACA: Filem Keenam Francais Kampung Pisang Bakal Temui Peminat Tidak Lama Lagi

Cats 7

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.