in

Jutawan Faker: Pemain League of Legends Ini Bergelar Jutawan Pada Usia 25 Tahun

Cover

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia, sesetengah pihak masih lagi memandang kerjaya dalam e-sukan sebagai satu pembaziran masa kerana pemain hanya akan bermain permainan video.



Namun, sebenarnya kerjaya ini dipandang tinggi di negara luar dan memberi pulangan yang sangat lumayan. Lee Sang-hyeok, atau lebih dikenali sebagai Faker sudah pun menjadi lagenda dalam League of Legend (LoL) pada usia 25 tahun.

Original

Faker boleh diibaratkan sebagai Lee Chong Wei dalam sukan badminton, hebat dan sukar ditandingi. Meskipun masih muda, peminat LoL sudah pun menggelar Faker sebagai lagenda yang tidak dapat ditandingi.

Faker bermain di posisi ‘mid laner’ dan sudah pun memenangi tiga kejuaaran dunia setakat ini. Kehebatannya dalam LoL membuatkan dia menjadi jutawan pada usia yang sangat muda.

O1564498397006015

Menurut pengulas Liga LoL, Chronicler, Faker ialah pemain nombor satu dunia dan tiada pemain lain yang setaraf dengannya buat masa innin.

“Sangat sukar, seperti meminta untuk menggambarkan betapa pentingnya agama di negara ini, bukan? Anda akan cepat menggunakan perbandingan dengan sukan lain. Paling mudah dia seperti (Lionel) Messi, atau (Roger) Federer atau (Rafael) Nadal”

Untuk rekod. Faker memulakan kerjaya ketika berusia 16 tahun pada tahun 2013. Dia berjaya masuk ke Piala Dunia dan berjaya menjadi juara dalam percubaan yang pertama.

Siapa cakap main game tak boleh berjaya?

 

Sumber: The Star

BACA: The Space Out: Pertandingan Tanpa Buat Apa-Apa Di Korea Selatan

Capture 16

Sumber: Win
Sumber: Inven Global

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.