Rata-rata daripada kita beranggapan bahawa e-sports atau permainan video sering dimainkan oleh golongan muda. Namun tahukah anda ada sekumpulan warga tua berumur 60 tahun ke atas yang bermain permainan video secara profesional di Taiwan?
Seorang wanita berusia 65 tahun, Chiang Yi-Shu mencuri perhatian ramai apabila dia muncul sebagai pemain profesional League of Legends (LOL) selepas bertarung buat pertama kali dalam satu kejohanan e-Sukan.

Chiang merupakan salah seorang pemain dalam pasukan Hungkuang Evergreen Gaming yang baru sahaja ditubuhkan pada musim panas lalu. Pasukan ini terdiri daripada ahli berusia antara 62 hingga 69 tahun.
Difahamkan, pasukan Hungkuang Evergreen Gaming ditubuhkan oleh Huang Jianji, seorang pengarah Jabatan Pembangunan Permainan Multimedia dan Aplikasi di Universiti Hungkuang.
Chiang berkata dia tidak pernah terfikir akan menjadi pemain profesional e-Sukan memandangkan dia kurang mahir menggunakan komputer dan teknologi.


Bagaimanapun, Chiang mendapati bermain komputer adalah bagus untuk otak apabila seseorang pemain itu perlu menggunakan tangan dan ketangkasan untuk bermain permainan video. Difahamkan, Chiang telah berlatih selama lima jam pada setiap minggu untuk bermain permainan video.
Ia tidak susah, tetapi seseorang mesti mempunyai keazaman untuk melakukannya,” jelas Chiang kepada sumber.
Meskipun wanita berusia 65 tahun ini menetap di New Taipei City, dia akan ke universiti di Taichung yang memakan tempoh perjalanan selama sejam dengan kereta api laju untuk menghadiri kelas latihan sebagai persediaan untuk pertandingan pada hari Sabtu.
Untuk rekod, pasukan Chiang tewas pada kejohanan lalu, namun wanita ini berasa gembira kerana dapat mempelajari sesuatu yang baru terutamanya berkenaan teknologi.
Sumber: The Star
BACA: Jutawan Faker: Pemain League of Legends Ini Bergelar Jutawan Pada Usia 25 Tahun

