in

#JusticeforBella: TMJ Pula Bersuara, Tawar Khidmat Peguamnya Secara Percuma Untuk Kes Bella

Tmj Bella 1 E1650163067471

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika semalam Lobak Merah ada melaporkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam menerusi satu posting panjang lebar di Instagram Story miliknya berkaitan kes Bella, kali ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula mengeluarkan kenyataan berhubung kes sama.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Tunku Ismail memaklumkan sudah berhubung dengan peguam-peguamnya mengenai kes penderaan remaja Sindrom Down, Bella.


Tmj Bella E1650160007720

Tidak cukup dengan itu, TMJ juga menulis dirinya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun untuk menawarkan perkhidmatan peguamnya secara percuma untuk menjalankan araham memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk kes ini.

Jelas TMJ lagi, kes ini sedang berjalan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (Orang Kena Tuduh) dalam kes ini.

“Kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak; pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam dan peguam bela yang dilantik untuk mewakili OKT,” tulisnya.

Kata netizen

Tidak mengejutkan apabila hantaran TMJ itu mendapat perhatian daripada pengguna media sosial lain. Setakat artikel ini ditulis, hantaran terbabit sudah mencecah 62 ribu tanda suka dan sudah dikongsikan sebanyak 14 ribu kali.

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial bertepuk tangan dan memuji tindakan TMJ berhubung kes ini. Tak kurang juga yang mengucapkan tanda syukur dan berdoa semoga dengan penglibatan TMJ ini keadilan yang sepatutnya.

“Alhamdulillah… Goyang tak agak2nya pihak sana,” komen netizen.

“Allahuakbar, Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allat SWT. Terima kasih TMJ! Semoga dengan asbab ini TMJ sekeluarga dikasihi dan dilindungi Allah sehingga ke Syurga. Semoga terbela nasib anak syurga ini,” kata pengguna lain.

“Daulat Tuanku! Semoga Allah peliarakan TMJ sekeluarga. U r de best!!!” tulis yang lain pula.

Whatsapp Image 2022 04 15 At 1.47.33 Pm E1650160085629

Terdahulu, Siti Bainun Ahd Razali, pengasas Rumah Bonda di Wangsa Maju didakwa atas dua pertuduhan mengabaikan dan menganiaya remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Media sebelum ini pernah melaporkan ada saksi yang mendakwa kejadian tertarik langsir sehingga besi penggantung langsir tercabut menjadi punca pengasas terbabit berang dan bertindak memukul serta memarahi Bella.

Sumber: FB HRH Crown Prince of Johor

Baca: Status IG YAM Che’ Puan Khaleeda Jadi Tumpuan, Mahu Guna Kuasa Yang Ada Demi Pertahankan Bella

Yam Che Puan Khaleeda Bella E1650158737768

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.