in

Jurugambar Malaysia Panjat Jambatan Tertinggi Dunia Untuk Melamar Kekasih

F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Jurugambar Malaysia Panjat Jambatan Tertinggi Dunia Untuk Melamar Kekasih
Loading
/

Seorang jurugambar profesional dari Malaysia, Keow Wee Loong baru-baru ini mendapat perhatian media antarabangsa selepas beliau merakamkan sebuah video lamarannya kepada teman wanita. Apa yang paling menarik adalah, jurugambar yang dikenali dengan keberaniannya itu memanjat jambatan tertinggi di dunia untuk berbuat demikian. Dahsyatnya!


Keow yang berusia 28 tahun itu memanjat tanpa sebarang peralatan keselamatan namun berjaya sampai ke puncak jambatan setinggi 1,853 kaki di China itu dan melamar teman wanita beliau, seorang warganegara Poland.

F1

Pasangan itu berjumpa buat kali pertama pada bulan Mei yang lalu secara tidak disengajakan.

Keow yang pada ketika itu berada di Jepun sedang mencari Pokemon Centre namun sesat di Ikebukuro. Beliau memerlukan WiFi untuk menyambung semula akses internet memandangkan aplikasi peta yang digunakan tiba-tiba mempunyai masalah. Disebabkan itu, Keow berlegar di dalam Family Mart untuk bertanya tentang WiFi dan ternampak seorang minah saleh sedang bercakap dengan pelanggan di kaunter.

“Agak pelik melihat seorang wanita Barat bekerja di kaunter sebuah kedai mini di Jepun. Saya sesat ketika itu dan mahu gunakan WiFi di kedai tersebut tetapi saya sebaliknya bersembang dengannya.

“Semasa saya masuk, dia sedang menyediakan kari untuk pelanggan.

“Dia sangkakan saya memang dari negara itu jadi dia bercakap dengan saya dalam bahasa Jepun. Dia nampak sangat teruja kerana dapat bercakap dengan orang asing apabila saya membalasnya dalam bahasa Inggeris.” beritahu Keow

Keow berada di Jepun beberapa hari sahaja dan pada ketika itu sedang dalam misi untuk ke zon radioaktif di Fukushima yang sudah terbiar sekian lamanya. Beliau juga sempat menceritakan bagaimana wangnya hilang sebanyak 300,00 Yen (RM11,700) semasa di Tokyo.

Mendengar cerita Keow, Marta Sibielak bersimpati dengannya dan membuatkan kari ayam untuk lelaki itu yang sedang kelaparan.

F2

Mereka berdua bersembang sambil menjamah makanan tersebut lebih dari 1 jam dan menyambung perbualan selepas itu. Keow ingin menanyakan nombor telefon Marta tetapi malu dan takut jika wanita itu sudah mempunyai teman lelaki. Bagaimanapun, selepas mengumpul segala keberanian dalam dirinya, Keow terus bertanya.

Saya tahu, jika saya tidak minta nombor telefonnya, saya tidak akan dapat berjumpa dengannya lagi selepas itu.”

Pada ketika itu, Keow hanya mempunyai 4 hari sahaja sebelum bertolak ke Fukushima. Beliau tidak mensia-siakannya dengan pergi ke Family Mart setiap malam untuk menghantarnya pulang selepas habis waktu bekerja.

“Saya tunggu dia habis kerja dan hantar pulang ke rumah setiap malam. Kadang kala, saya terlepas kereta api pada waktu malam jadi saya perlu berjalan kaki untuk pulang ke hotel yang memakan masa selama 2 jam.”

Perghhh, sanggup tuuu! Hubungan mereka mula menjadi lebih rapat dan perasaan sayang mula timbul semenjak itu. Selepas Keow pulang dari Fukushima, beliau jatuh sakit (demam) dan Marta menumpangkannya di rumah serta menjaga lelaki itu dengan baik.

“Saya demam beberapa hari selepas pulang dan dia menjaga saya dengan begitu baik sekali. Belikan saya pil, menyuap makan dan membawa saya ke restoran Ramen.”

F3

“Pada hari Ahad dan jika mempunyai masa, kami akan berjalan di sekitar Jepun serta taman untuk mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat.”

F4

F5

Selepas 6 bulan mengenali Marta, Keow sudah membuat keputusan untuk melamar kekasihnya itu. Apabila ditanya tentang bagaimana beliau begitu pasti dengan keputusannya itu, Keow memberitahu,

“Jika anda sakit dan tidak mempunyai tempat tinggal tetapi seseorang yang tidak mengenali anda dengan rapat sanggup menjaga anda pada ketika itu, jawapannya sangat jelas.

“Marta bukan sahaja cantik, tetapi juga mempunyai hati yang baik. Di mana lagi saya nak jumpa seseorang sepertinya? XD,” kata Keow dengan begitu riang sekali.

F6

F7

Pada mulanya, Keow merancang untuk menyiarkan video lamarannya di salah sebuah pawagam di Malaysia tetapi permintaannya dibatalkan pada saat-saat akhir. Jadi, beliau membuat keputusan untuk meneruskan Plan B, iaitu percutian ke Bali, Indonesia.

Ketika berada di sana, Keow memuatnaik gambar lamarannya di Facebook, kerana beliau pasti kekasihnya itu akan nampak gambar itu. Sudah pasti dia nampak gambar tu! Dan sudah tentu lah dia setuju!

F8 F9

Ring

Selepas mengetahui tentang lamaran dari teman lelakinya, Marta tidak dapat menahan sebak dan menangis kerana sangat gembira.

“Saya tidak menyangkakan Marta akan menangis seperti itu. Orang ramai mula mengerumuninya tetapi saya beritahu mereka ianya baik-baik sahaja.”

“Selepas makan malam, saya bawanya ke mercu tanda yang terkenal di Kuta dan melutut di hadapannya untuk memberikan cincin lamaran itu.”

F10

Buat masa sekarang, pasangan ini sedang dalam hubungan jarak jauh dan merancang untuk menetap di Malaysia bersama-sama di penghujung 2017 selepas Marta selesai dengan pembelajarannya di Jepun.

Keow turut mengingatkan semua,

Jika anda lihat peluang yang hanya datang sekali seumur hidup, beranikan diri. Jangan malu atau tunggu untuk sesuatu terjadi, kerana dalam hidup ini peluang seperti itu tidak menunggu sesiapa.”

Tonton video lamaran Keow di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.