in

Jurugambar Berusia 105 Tahun Buktikan Kepada Orang Ramai Usia Bukanlah Penghalang

M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kata faktor umur menjadi penghalang untuk kita melakukan sesuatu yang kita minat?


Seorang nenek berusia 105 tahun ini menyangkal kata-kata itu dengan membuktikan bahawa ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.

Li Yuzhen berasal dari China merupakan salah seorang jurugambar tertua dan berpengalaman di dunia. Berjinak dalam dunia fotografi sejak 64 tahun lalu, Li berkata minatnya dalam bidang ini bermula selepas dia berkahwin dengan suaminya pada 1953. Power!

Selama bertahun-tahun, Li mengasah kemahirannya di belakang kamera dan di dalam bilik gelap di studio foto kecil milik suaminya. Studio itu terletak di wilayah Guangdong di mana ia menjadi tempat suaminya mengajar segala ilmu tentang bidang fotografi kepada Li.

Hari berganti hari, selepas beberapa tahun akhirnya Li menjadi pengurus studio gambar yang lain. Dengan kemahiran yang ada dan diasah setiap hari, Li dapat menyaksikan perkembangan fotografi di China sejak beberapa dekad lalu.

Malah, sejak gambar hitam putih lagi Li dan suami sudah mempunyai banyak ilmu fotografi. Lejen betul ni!

Bakat fotografi Li dan suaminya kini turut dimiliki oleh anak perempuan mereka yang mempunyai sebuah studio gambar vintaj di bandar Lianhui di Guangxi.

Meskipun sudah berusia, ia tidak menghalang Li untuk terus menerus mengambil gambar selain turut mengajar anak serta cucunya tentang ilmu fotografi. Menurutnya, bakat fotografi itu kini menjadi turun temurun dalam keluarga.

Cucunya dikatakan turut menunjukkan minat dalam bidang fotografi. Tidak mahu mensia-siakan minat cucunya itu, Li menggunakan masa terluang untuk membantu cucu mengasah bakat dan kemahiran sambil mengajar ilmu fotografi kepadanya. Confirm hebat nanti!

Kalau dah minat tu, memang selagi ada kudrat dan tenaga takkan ditinggalkan sesuatu hobi itu kan? Memang betul la, usia bukan satu alasan untuk kita tidak lakukan apa yang kita suka.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.