KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 22 OGOS 2025 – TikTok Shop, platform e-dagang yang dipercayai di Malaysia, mengangkat semangat ‘Rakyat Disantuni’ menjelang sambutan Hari Kebangsaan ini, dengan mengumumkan pertumbuhan jualan tahun ke tahun melebihi 130% bagi produk tempatan serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Malaysia. Pencapaian ini didorong oleh sokongan TikTok Shop bernilai jutaan ringgit di bawah inisiatif #JomLokal yang berterusan.
Pengarah Kerjasama Strategik, TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, menekankan: “#JomLokal TikTok Shop bukan sekadar kempen jualan. Ia melambangkan komitmen bersama yang teguh untuk memperkasakan perniagaan kecil Malaysia serta menyerlahkan produk tempatan. Sejak pelancaran inisiatif ini pada 2023, kami telah menyalurkan jutaan ringgit setiap tahun dalam bentuk pendedahan tambahan di platform, baucar diskaun serta sumber pemasaran, bagi membantu ribuan perniagaan #JomLokal berkembang secara mampan dan menskalakan operasi di TikTok Shop. Sungguh menggalakkan apabila melihat bagaimana inisiatif ini membawa impak yang nyata kepada PMKS tempatan, serta mengukuhkan kehadiran jenama tempatan dalam ekonomi digital.”
Jenama serta produk tempatan ini boleh ditemui dengan mudah di TikTok Shop melalui ikon #JomLokal yang dipaparkan dengan jelas di bahagian atas halaman utama aplikasi. Melalui ekosistem ‘Shoppertainment’ TikTok Shop yang inklusif dan menyeluruh, perniagaan #JomLokal dapat berhubung secara lancar dengan komuniti pembeli di seluruh negara – daripada proses penemuan produk hingga ke pembelian.
TikTok Shop berkomited untuk memperhebatkan lagi sokongan terhadap #JomLokal sempena sambutan Hari Kebangsaan dan bulan-bulan akan datang. Semua pesanan di TikTok Shop turut dilindungi dengan Polisi Pemulangan dan Bayaran Balik Percuma bagi menjamin pengalaman membeli-belah dalam talian selamat dan tanpa kebimbangan.
Pengurus Bersama Frisha Classic Desserts and Bakery, sebuah perniagaan keluarga tempatan, Frisha Fazara Binti Ishak berkongsi: “Keluarga saya amat bersyukur kepada TikTok Shop kerana menyokong PMKS tempatan seperti kami melalui #JomLokal. Penstriman langsung dan video beli-belah telah melonjakkan pertumbuhan perniagaan kami sehingga mencapai purata jualan 5 angka yang konsisten setiap bulan. Selepas berjaya mengumpul lebih 7,000 pengikut, kami yakin bahawa kuasa ‘Shoppertainment’ mampu memberikan peluang sama rata kepada perniagaan kecil untuk dikenali, serta membina asas pelanggan setia. Kalau ibu bapa saya yang sudah berusia 70-an mampu melakukannya, sesiapa sahaja pun boleh.”
Usahawan baharu, PMKS serta jenama tempatan yang ingin memacu pertumbuhan perniagaan mereka boleh mendaftar di Pusat Penjual TikTok Shop serta meneroka tutorial yang sistematik di Akademi TikTok Shop.
Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif #JomLokal TikTok Shop, sila layari: https://vt.tiktok.com/ZSALqUU6v/