in

JPJ Bakal Lelong 105 Kenderaan Termasuk Mercedes & BMW 25 September Ni, Serendah RM50!

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

JPJ bakal buat lelongan kedua tahun ini dan kali ini ia akan di buat di Perak. Sebanyak 105 kenderaan yang telah disita termasuk 81 kereta, 20 motosikal, 3 van dan satu lori akan dilelong pada 25 September ini!


Menurut Harian Metro, Pengarah JPJ Perak, Severinus Tukah, semua kenderaan yang akan dilelong ini akan dipamerkan kepada orang ramai bermula semalam 17 September hingga 20 September untuk diperiksa.

Apa yang menarik, beberapa kereta internasional juga termasuk dalam kenderaan yang bakal dilelong tau. Antaranya Mercedes Benz, BMW, Subaru Impreza, Toyota Wish dan beberapa motosikal seperti Yamaha 125Z, Honda EX5 dan banyak lagi dengan harga bermula dari RM50!

Therell Be A Jpj Lelong On 105 Vehicles With Prices Starting From Rm50 This Sept 25 World Of Buzz 3

Severinus menambah, orang ramai yang berminat boleh membeli dokumen pelelongan awam yang dah mula dijual bermula 10 September lalu dengan harga RM70 dan ia akan terus dijual sehingga jam 4 petang pada 24 September ini.

So, kalau korang berminat nak beli kereta lelong ni, korang boleh beli dokumen atau buku ni dekat Bahagian Kewangan JPJ Perak dan jangan lupa bawak IC korang.

Semua kenderaan ini akan mula dilelong pada jam 9 pagi, 25 September bertempat di JPJ Perak.

Apa tunggu lagi?

Baca: Lelaki ‘Lelong’ Dirinya di Carousell Semurah RM67.91 Sempena Hari KekasihScreenshot 2019 09 18 At 10.07.41 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.