Beberapa minggu lepas, pelawak antarabangsa, Jocelyn Chia telah menerima kritikan hebat netizen selepas menghina Malaysia dan menjadikan tragedi MH370 sebagai bahan jenaka dalam satu persembahan stand-up comedy di New York.
Meskipun mendapat pelbagai kecaman, tindakan Jocelyn telah mendapat sokongan daripada seorang pelawak AS, Chrissie Mayr yang berpendapat apa yang dilakukan Jocelyn itu adalah tugas pelawak, yang mana mereka perlu menggunakan topik sensitif dalam persembahan.
Podcast bersama Mayr undang kecaman
Tertarik dengan kontroversi yang menyelubungi Jocelyn, Mayr baru-baru telah menjemput pelawak yang berasal dari Singapura ini untuk muncul dalam sesi podcastnya di Youtube.
Namun, temubual podcast berkenaan telah menimbulkan kemarahan ramai selepas Jocelyn dikatakan ketawa terhadap jumlah kematian tragedi MH370.
Dalam satu klip temubual berkenaan yang viral, Jocelyn dilihat sedang bersembang dengan Mayr yang bertanya jika dia ingin menyatakan permohonan maaf kepada keluarga mangsa MH370.
Missed my interview with internationally famous viral comedian @JocelynChia?
Click the link below pic.twitter.com/mj2oO2TjBY
— Chrissie Mayr🇺🇸 (@ChrissieMayr) June 14, 2023
Namun Mayr kemudian mengatakan, jumlah kematian sebanyak lebih 200 orang dalam tragedi tersebut tidaklah banyak, yang mana kemudian mengundang tawa dari Jocelyn yang merasakan perkara tersebut sebagai lawak.
Awak ada rasa macam nak minta maaf tak kepada mereka yang terlibat dalam tragedi ini? Berapa jumlah orang meninggal sebenarnya dalam pesawat itu?
“200 orang lebih.
“Itu taklah terlalu banyak… (disambut dengan ketawa dari Jocelyn)”
Boleh tengok video penuh di sini.
“Tidak baik & biadab terhadap keluarga mangsa yang terlibat”
Video berkenaan ternyata mendapat pelbagai komen tidak puas hati netizen yang mana rata-rata mengecam tindakan tidak sensitif Jocelyn dan Mayr.
Ramai yang menganggap perbuatan Jocelyn yang menghina kematian mangsa MH370 samalah seperti menghina kematian bagi tragedi lain di AS seperti 9/11, Parkland dan mangsa taufan Katrina.
Makin lama makin menjadi-jadi lawaknya. Harap Jocelyn berhentilah dari membuat sebarang komen tidak bijak lagi selepas ini.
Baca: “Panggil Interpol buat saya lebih popular” – Jocelyn Chia Anggap Tindakan PDRM ‘Mengarut’