Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang lelaki mendera dengan memukul kanak-kanak perempuan menggunakan pembaris kayu panjang.
Menurut laporan Harian Metro, insiden itu dipercayai berlaku di sebuah pusat jagaan anak yatim swasta yang terletak di Kulai, Johor.
Lebih memilukan, terdapat satu kes rogol dilaporkan berlaku di pusat jagaan yang sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor menyelamatkan remaja 17 tahun itu yang dipercayai menjadi mangsa.
Artikel berkaitan: Kanak-kanak Orang Asli Ditemui Maut Di Kawasan Paya Dipercayai Dibunuh, Dirogol
Artikel berkaitan: Doktor Malaysia Dihukum Penjara Di Ireland, Didakwa Lakukan Penderaan S*ksual Terhadap Remaja Perempuan
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin Nisa Ismail berkata, tindakan diambil menerusi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai dan siasatan sudah dijalankan sejak 5 Disember lalu, pihak polis juga sudah menahan suspek berkenaan untuk siasatan lanjut.
Video penuh di sini.
“Kesemua penghuni di pusat jagaan kini berada dalam keadaan selamat dan JKM sedang membuat pemantauan terhadap pusat jagaan ini.
Kerajaan negeri akan sentiasa memastikan kesemua pusat jagaan di Johor, khususnya pusat jagaan kanak-kanak berada di bawah pemantauan JKM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.
Sebelum ini Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee dilapor berkata, suspek lelaki berusia 59 tahun ditahan susulan laporan diterima pihaknya pada 29 November lalu.
“Mangsa telah dipukul oleh lelaki tempatan berusia 59 tahun yang juga penjaga rumah anak yatim tersebut pada Oktober lalu.
Suspek sebelum ini telah ditahan pada 30 November lalu bersabit kes rogol dan masih dalam tahanan reman sehingga esok. Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Mengenai kes disyaki dera itu, Tan mengesahkan menerima laporan pada 10.29 malam semalam dan siasatan awal mendapati ia berlaku di pusat jagaan swasta di Taman Mas, Kulai, membabitkan mangsa iaitu penghuni berusia 10 tahun.
Sumber: Harian Metro