in

Jiran Cina Sambut ‘Birthday’ Anak Tapi Tak Jemput Sebab Makanan Tak Halal, Beri KFC Sebagai Ganti

Kfc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidup berjiran ni sangat penting untuk kita semua saling hormat-menghormati antara satu sama lain kerana mereka adalah orang yang paling terdekat dengan kita. Mengekalkan hubungan baik antara jiran mampu memupuk keharmonian dalam masyarakat di sekeliling kita.

Baru-baru ini tular sebuah video di laman TikTok mengenai kisah yang berlaku di sebuah kawasan kejiranan di Malaysia.


Video berdurasi 7 saat itu telah dikongsi oleh Eikin Hanipah (@eikinhanipah) di laman rasmi TikToknya memaparkan salah seorang jirannya yang berbangsa cina sedang menyambut majlis hari jadi anaknya di kawasan perumahan tersebut.

@eikinhanipah

It tooks an effort to do this though and i do appreciate this. Thank youuuu Ah Kit & Family ❤️ nanti i belanja u fried mihun my mom buat yang wife u suka 😁 #satumalaysia #noracistnoproblem #kitahidupamandamai

♬ Эта любовь – Amirchik

Jiran tak jemput sebab makanan tak halal

Dalam video tersebut, dia telah menyatakan bahawa jirannya tidak menjemput mereka ke majlis hari jadi anaknya kerana kebanyakan hidangan di sana adalah tidak halal. Dia juga memahami perkara tersebut tanpa ada terasa hati.

“Dia tak jemput makan sebab mostly makanan non-halal.”

Plot twist terbaik, jiran kata jangan beli dinner sebab nak belanja KFC!

Ingatkan cerita berhenti sampai situ saja, rupanya jiran mereka bagi suprise yang tak disangka! Mereka terkejut dan terharu apabila mengetahui tindakan jirannya yang masih mengingati mereka dengan membelikan KFC untuk makan malam.

“Dia cakap kakak jangan beli makanan tau malam ni, saya sudah order KFC.”

Video tersebut meraih hampir 2 juta tontonan dengan 162,000 sukaan dalam hanya sehari.

“It tooks an effort to do this though and i do appreciate this. Thank youuuu Ah Kit & Family nanti i belanja u fried mihun my mom buat yang wife u suka.”

Netizen terharu, inilah baru 1 Malaysia!

Tindakan tersebut mendapat banyak perhatian netizen di media sosial dan ada juga yang sangat terharu dengan kelakuan baik jirannya yang masih menghormati sensitiviti agama masing-masing dan mengingati jiran yang beragama Islam.

Screenshot 2022 08 01 At 2.09.55 Pm

Screenshot 2022 08 01 At 2.10.12 Pm

Screenshot 2022 08 01 At 2.10.21 Pm

Bagi min, tersangatlah bertuah bila kita dapat jiran yang ada toleransi dalam hidup berjiran. Korang rasa macam mana pula?

Baca: “Tidak pernah nampak kelibatnya” – Zalina Azman Dan Jiran Tidak Pernah Bertegur Sapa

Screenshot 2022 08 01 At 2.16.47 Pm

 

 

 

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.