in

“Jika anda MAF14 sebenar, hubungi saya” – Azhar Sulaiman Nak Lepaskan No Plat Bidaan RM1.84 Juta

Azhar Sulaiman Maf14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi segelintir pengguna jalan raya atau pemilik kenderaan, nombor pendaftaran atau nombor plat yang ‘cantik’ adalah penting dan mempunyai nilai tersendiri buat mereka.


Kebiasaannya, nombor-nombor yang boleh dijadikan sesuatu perkataan pastinya akan lebih mahal sekiranya bidaan dibuat di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan.

Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman sekali lagi menjadi bual bicara netizen, cuma kali ini bukanlah disebabkan kontroversi yang melibatkan anaknya, Leona tetapi disebabkan nombor plat kenderaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Manakan tidak, pelakon berkenaan dikatakan bersedia untuk melepaskan nombor pendaftaran rare miliknya iaitu ‘MAF 14’ dengan membuka bidaan sebanyak RM1.85 juta.

“Satu-satunya ‘gelaran’ MAFIA’ untuk dijual. Harga bidaan bermula RM1.85 juta”

“Jika anda Mafia Sebenar, hubungi 012 666 9777”

Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram pelakon berkenaan, dia bersedia untuk menjual nombor pendaftaran kenderaan berkenaan kepada sesiapa yang ‘berani’ untuk menghubunginya dan menawarkan harga yang bersesuaian.

Komen Tiktok Azhar Sulaiman

Menerusi ruangan komen, ramai juga berseloroh teringin untuk membeli nombor berkenaan dan tidak kurang juga yang menceritakan pengalaman mereka terserempak dengan kereta tersebut di beberapa lokasi dan terkejut apabila mengetahui nombor plat itu dimiliki oleh Azhar Sulaiman.

Baca : “Batu tak boleh pecah” – Azhar Sulaiman Dedah Rumah Pernah Jadi Bekas Tempat Pemujaan Orang Asli

Rumah Azhar Sulaiman Bekas Pemujaan Orang Asli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.