in

“Jijik punya perangai!” – Penyewa Perempuan Duduk Selama 9 Tahun Tapi Tak Pernah Cuci Rumah!

Rumah Kotor Gila

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Macam mana boleh hidup dengan keadaan rumah yang kotor?”


Mungkin ini soalan yang bermain di fikiran semua orang bila dapat tahu ada segelintir orang yang pemalas dan pengotor sehinggakan rumah yang didiami pun tak dicuci. Seorang wanita dari Thailand berkongsi beberapa gambar keadaan di rumah miliknya baru-baru ini. Menurut Nathali Ruangdet, rumah itu disewa oleh seorang wanita selama 9 tahun.

Menurut AsiaOne, Nathalie telah pergi ke rumah tersebut minggu lalu dan terkejut tengok rumahnya yang sangat kotor dan ditinggalkan dalam keadaan yang teruk oleh bekas penyewa tersebut.

Katanya, rumah dia seolah-olah langsung tidak pernah dibersihkan lebih-lebih lagi bahagian tandas yang boleh dilihat sangat kotor dan jijik! Dinding , lantai, sinki dan mangkuk jamban dah bertukar warna disebabkan kesan kotoran yang terlampau teruk kerana tidak disental.

Rumah1

Rumah2
sumber: facebook

Nathalie akui wanita itu nampak macam orang yang baik jika dipandang dari segi luaran dan tidak pernah mendatangkan masalah berkaitan sewa rumah. Namun baru-baru ini, wanita itu berpindah secara mengejut dan langsung tidak berjumpa dengan Nathalie, sebaliknya hanya meninggalkan kunci rumah dekat pondok pengawal.

Rumah5

Rumah3
sumber: facebook

Seperti pemilik lain, Nathalie pergi ke rumahnya untuk buat pemeriksaan sebaik sahaja mendapat tahu penyewa itu telah keluar. Mengejutkan, rumahnya berada dalam keadaan yang sangat jijik dan menggelikan!

Nathalie sendiri sangka rumah tu dah lama ditinggalkan tak berpenghuni tapi bila ditanya pada jiran, mereka semua berkata selama ini penyewa tu ada duduk di situ.

Macam mana awak boleh tinggal dalam bilik yang (kotor) macam ni?”

Rumah4

Rumah6
sumber: facebook

Disebabkan terlalu kotor, Nathalie terpaksa upah 5 tukang cuci untuk membersihkan setiap pelusuk rumahnya. Kotoran itu pun terlalu susah untuk hilangkan sampai tukang cuci cakap,

Saya tak pernah tengok rumah sekotor ini.”

Nak termuntah tengok toilet dia wehhhhh!

Baca: “Jijiknya!” – Rumah Kena Tinggal Terlampau Kotor, Pemilik Ambil Masa Sampai 4 Hari Untuk Bersihkan

Rumah Jijik Kotor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.