in

Jijik! Penghantar Curi-curi Makan Makanan Pelanggan!

Apedaaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Jijik! Penghantar Curi-curi Makan Makanan Pelanggan!
Loading
/

Mungkin lapar sangat letih buat delivery…


Sekarang ni dah jadi trend untuk order makanan dan tunggu makanan sampai kat depan pintu rumah atau pejabat kita kan. Tapi jaga-jaga kalau nak order makanan tu sebab bimbang jadi macam satu insiden kat China ni.

Menurut Shanghaiist, seorang lelaki penghantar makanan dikatakan curi-curi makan makanan yang dipesan oleh pelanggan ketika berada di dalam lif. Kelakuan lelaki penghantar ni kantoi lepas rakaman CCTV dalam lif tu tersebar kat laman sosial.

Q1 2 3
sumber: shanghaiist

Insiden ni berlaku kat bandar Sihui yang terletak di wilayah Guangdong. Dalam rakaman tu lelaki penghantar tersebut dilihat membuka makanan yang ada dalam bekas plastik dan memakannya dalam lif. Lepas tu dia tutup balik dan masukkan semula dalam beg.

Lelaki penghantar berkenaan tak stop kat situ sebab lepas tu dia bukak bekas lain pulak! Bekas lain tu dipercayai mengandungi sup sebab dia nampak macam menghirup sesuatu daripada situ. Kemudian dia simpan balik elok-elok semua dan teruskan hantar makanan tu kepada pelanggan.

Q2 3 1
sumber: shanghaiist

Dipercayai bekerja di aplikasi penghantaran makanan popular di China, lelaki terbabit dipecat sejurus sahaja rakaman CCTV dia curi-curi makan tu tular dekat internet.

Nasib baik dah kena pecat. Kesiannya pelanggan tu nanti makan sisa makanan dia…

Tengok penghantar ni curi-curi makan makanan pelanggan dalam lif:

Sumber: Facebook

Baca: Lelaki Miang Paksa Budak Penghantar Makanan Buat Seks

Qqqqq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.