in

Jijik! Anjing Jilat & Ratah Ikan Kering Yang Sedang Jemur Di Pulau Langkawi

Anjing4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Yuck! Dah lah admin suka gila ikan kering, kalau dimakan dengan nasi panas dengan sambal belacan pun dah ada kick dah. Tapi selera jadi hilang bila terbayang-bayang tengok video ni.


Bukan lah semua jenis jenama produk ikan kering, tapi ia dah menjejaskan reputasi produk ini, sudah semestinya orang akan curiga nak beli, lebih-lebih lagi jika kilang pengeluarannya dari Pulau Langkawi.

 

Anjing pijak & makan

Keratan video daripada Berita TV9 ini telah dimuat naik semula oleh laman Twitter 999 Malaysia.  Menurut laporan berita ini, ketika dihalau anjing-anjing tersebut akan bertindak agresif.

Difahamkan, penduduk di kawasan itu majoritinya warga asing, ketika krew-krew berita ini cuba menghampiri mereka ada yang cuba melarikan diri.

Ketua Persatuan Pengguna Melayu Kawasan Utara (PPMKU) ada banyak menerima laporan masalah kebersihan makanan terutamanya makanan-makanan seperti ikan kering ini.

Selain itu, menurut rekod mereka kebanyakan pengusaha ikan dan udang kering ini terdiri daripada pengusaha bukan bumiputera.sebaliknya dikuasai warga asing.

Pemprosesan ikan dan udang kering itu akan dipasarkan di sekitar kawasan utara terutamanya, Kedah dan Perlis.

Jadi, kepada warga utara, mohon agar berhati-hati dalam memilih makanan ini. Bukan sahaja haram, malah kebersihannya mungkin akan terjejas. 

 

Baca : Saya rasa nak muntah” – Jijik, Lelaki Tergigit Gigi Orang Lain Dalam Makanan Pesawat

Nakmuntah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.