in

Jenazah Nadia Kesuma Sudah Dimandikan & Disembahyangkan, Akan Dikebumi Lepas Subuh

nadia kesuma disemadikan di jeddah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suami kepada pelakon, Allahyarham Nadia Kesuma, 50, Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, memaklumkan bahawa jenazah isterinya akan dikebumikan selepas subuh waktu Jeddah.

Menerusi hantaran di Facebook, anak perempuan mereka bersama teman Allahyarham telah membantu dalam proses memandikan jenazah.


Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan rakan arwah) serta telah disembahyangkan. Saya sendiri menunaikan solat jenazah dan menjadi imam.

“Alhamdulillah. Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh (waktu Jeddah jam 5.44 pagi, bersamaan 10.44 pagi waktu tempatan),” tulisnya.

Artikel berkaitan: “Saya datang dengan cinta…” – Luahan Rindu Suami Allahyarham Nadia Kesuma Undang Sebak Netizen

Artikel berkaitan: Jenazah Nadia Kesuma Tidak Akan Dibawa Pulang Ke Malaysia, Akan Dikebumikan Di Jeddah

Difahamkan, Prof. Dr. Muhammad Kamarul telah berlepas ke Jeddah pada petang semalam bersama anak perempuannya bagi menguruskan jenazah Nadia yang berada di Hospital King Fahad.

Terdahulu, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, yang membintangi filem Syaitan Munafik, dilaporkan meninggal dunia pada Khamis lalu iaitu hari sama beliau dilaporkan hilang di Jeddah.

Nama pelakon ini mula menjadi sebutan apabila dia dilaporkan hilang ketika menyertai pakej lawatan Umrah-London-Paris bersama 20 peserta lain yang dianjurkan oleh Nuh Travel & Tours Sdn Bhd.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.