Baru-baru ini, sedikit kecoh apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan hanya jemaah yang lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak dibenarkan hadir menunaikan solat Jumaat.
Difahamkan, ketetapan ini terpakai buat masjid di seluruh Selangor bermula pada 25 Februari lalu.
Jemaah luah rasa kecewa
Menerusi satu video yang tular di media sosial, seorang jemaah meluahkan rasa kecewa apabila dia dihalang daripada memasuki masjid untuk menunaikan solat Jumaat gara-gara masih belum menerima dos penggalak.

Video tersebut memperlihatkan situasi di hadapan masjid yang dikawal oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), yang turut bertindak memeriksa sijil digital vaksinasi jemaah yang hadir.
Lelaki ini turut meluahkan rasa tidak puas hati dan bertanya berkali-kali kepada anggota yang bertugas tentang ketetapan baharu untuk solat Jumaat ini.
https://www.facebook.com/686713698341652/videos/3180395908951824/
Ramai pulang hampa
Video yang berdurasi selama 2 minit 39 saat ini turut memperlihatkan beberapa jemaah lain yang hampa dan terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk menunaikan solat Jumaat gara-gara masih belum menerima dos penggalak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut mempersoalkan ketetapan baharu oleh JAIS ini dan membandingkan dengan peraturan pusat beli-belah yang tidak memerlukan pengunjung mengambil dos penggalak.

Difahamkan, ketetapan baharu itu sejajar dengan arahan mempertingkatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard di masjid, surau dan musolla di Selangor dalam usaha mengawal penularan pandemik COVID-19.
Apa pendapat anda tentang isu ini?
Sumber: Facebook Kasi Viral
BACA: Polis Tahan 12 Individu Berkumpul Untuk Solat Jumaat Secara Bersembunyi

