in

“Jauh di pedalaman” – 128KM Dari Pekan, Penduduk Long Pasia Merayu Kerajaan Hantar Pasukan Masuk Kampung Beri Vaksin

Ft Longpasia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Datanglah beri vaksin ke kampung kami.”

Itu rayuan lebih 500 penduduk di Long Pasia, Sipitang yang terletak jauh di pedalaman Sabah, kira-kira 128 kilometer dari pekan Sipitang. Menurut FMT, wakil penduduk Andrew Laban berkata, hampir semua atau 99% daripada penduduk di perkampungan itu masih belum terima vaksin sehingga ke hari ini.

Katanya, hal itu disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah lokasi kampung yang jauh serta keadaan teknologi maklumat yang masih ketinggalan. Bukan semua penduduk di Long Pasia mempunyai telefon pintar dan ianya menyukarkan mereka yang mendaftar untuk terima vaksin di aplikasi MySejahtera.


Sekiranya penduduk perlu ke pekan Sipitang untuk mendapatkan vaksin mereka, tambang pergi balik sudah kira-kira, RM80, belum lagi termasuk makan dan minum mereka.”

Vaksin

Masih ramai dalam kalangan penduduk terutama yang lebih berusia belum begitu peka serta tahu mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.”

Di Long Pasia ada klinik desa, mungkin di sana boleh dilaksanakan program vaksin ini atau mungkin di tempat-tempat lain seperti balai raya dan sebagainya.”

Walaupun dengan teknologi maklumat yang terhad, ada juga penduduk yang datang mengadu kepada saya yang dia telah pergi ke klinik desa untuk bertanya mengenai vaksin, sampai begitu sekali dan ia memperlihatkan penduduk Long Pasia mahukan vaksin.”

Long Pasia1

Lebih memburukkan keadaan, kata Andrew menara telekomunikasi di sana sudah tidak berfungsi kerana penjana kuasa tidak mempunyai minyak. Situasi itu membuatkan keadaan teknologi maklumat di kampung berkenaan bertambah buruk.

Sebelum ini juga satu-satunya jambatan laluan masuk ke kampung itu runtuh jadi lori yang membawa diesel untuk kegunaan penjana kuasa menara telekomunikasi tidak dapat masuk ke kampung.

Long3

Long4

Semua orang di kampung sekarang tiada ‘line’ telefon, lori yang mengangkat diesel untuk kegunaan penjana kuasa menara (telekomunikasi) di sana tidak dapat masuk ke kampung.”

Walaupun ada laluan alternatif dibina di bawah jambatan yang runtuh itu, namun hanya kenderaan kecil saja yang dapat melaluinya.”

Andrew mewakili semua penduduk merayu kepada kerajaan untuk masuk ke kampung mereka bagi melaksanakan program vaksin, bukan hanya di Long Pasia tetapi juga kampung lain yang terpencil di Sabah.

Baca: Muar Daerah Pertama Sediakan Pusat Vaksin Bergerak di Johor, 200 Individu Divaksin Setiap Hari

Ft Vaksinmuar

Sumber: FMT
Sumber: Facebook
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.