in

“Jarang2 sultan style rambut macam tu” – Netizen Terpesona Gaya Rambut Baru Sultan Johor

Tocang Rambut Sultan Johor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 28 November lalu, telah berlangsungnya Pra-Mesyuarat Raja-Raja Melayu ke-260 di Istana Negara yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.



Selain Tuanku Muhriz, turut berangkat ke majlis tersebut termasuklah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan enam lagi Raja Melayu iaitu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar serta Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

@zanazain29

Mari kita kenali Sultan, Raja, Yang Dipertua Negeri #journalist #fyp #pru15 #andapenentu #bernamatv #istananegara

♬ Conquest of Paradise – Vangelis

Selain itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; serta Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah juga hadir ke majlis berkenaan.

Gaya Sultan Johor jadi sebutan netizen? 

Pun begitu, sebuah video TikTok yang tersebar berkenaan majlis tersebut membuatkan netizen tertarik dengan gaya rambut Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang dilihat bertocang kecil.

Ramai yang memuji gaya rambut baginda sebagai ‘comel’ dan belum pernah dilihat digayakan sebelum ini oleh mana-mana sultan atau ketua negeri.

@joe_wee8

#CapCut #anwaribrahim #fyp

♬ Laughing – Gianluca Marino

“Steady tuanku!” 

Rata-rata netizen meninggalkan komen memuji gaya rambut Tuanku Sultan Johor yang dilihat bersahaja dan comel.

Rambut Sultan

Steady tuanku! 

Baca: “Nak persoal tidak mengapa, jangan fitnah” – Anwar Jawab Isu Pakai Kasut RM5,500 Sepasang

Kasut Rm5K Jangan Fitnah Anwar

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.