in

Jarang Guna Eskalator Di Afrika, Ramai Pengguna Jatuh Kerana Tak Boleh Imbangkan Badan

Ft Eskalator

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi kebanyakkan orang, kewujudan eskalator bukanlah sesuatu yang baru kerana hampir kesemua pusat beli-belah dan pasar raya mempunyai kemudahan tersebut. Tapi siapa sangka, ada lagi kelompok manusia yang tidak mempunyai peluang untuk merasai ‘nikmat’ itu.


Kejadian yang berlaku di Cameroon, Afrika itu membuatkan ramai terkejut.

Pembukaan pusat beli-belah Doula Grand Mall pada 17 November lalu ternyata menyebabkan berlakunya kekalutan buat penduduk di sana.

 

Tidak pernah guna eskalator!

Sebuah video yang dimuat naik di laman web Youtube mendapat perhatian ramai selepas pengunjung dilihat kekok untuk menggunakan kemudahan tangga bergerak itu.

Kebanyakkan mereka tidak dapat mengimbangi badan sejurus meletakkan kaki ke atas tangga itu, dan menyebabkan mereka terpaksa dipapah oleh orang awam.

Lebih parah lagi, beberapa pengunjung pusat beli belah itu seolah-olah pitam sewaktu eskalator itu berada dalam mod bergerak.

Seram….cuba bayangkan kalau rambutnya tersekat waktu dia pitam tu…

Beberapa eskalator terpaksa diberhentikan servisnya kerana masalah tersebut.

 

Bukan itu sahaja, pengunjung juga dilihat menghadapi masalah mengenalpasti arah yang hendak dituju oleh eskalator itu.

Ha sudah, nak turun bawah tapi pergi eskalator yang menghala ke atas…

 

Bukan teknologi baru!

Kalau korang rasa kewujudan eskalator adalah antara ciptaan baru di negara itu, bermakna sangkaan korang telah meleset.

Sungguhpun eskalator bukanlah satu ciptaan baru di negara itu, tetapi ia hanya boleh dijumpai di pusat beli-belah yang besar serta lapangan terbang, di mana ramai di antara mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat-tempat itu.

Bukan itu sahaja, mereka juga lebih selesa untuk tidak menggunakan kemudahan tersebut, sekiranya ada.

 

Jadi tempat ‘tumpuan pelancong’

Oleh kerana kemudahan ini tidak begitu diraikan dan jarang dijumpai oleh penduduk negara itu, eskalator di pusat beli belah Doula Grand Mall ini seakan-akan menjadi tumpuan ramai.

Selain bersiar-siar di dalam pusat beli-belah itu, mata pengunjung turut tertumpu kepada pengguna eskalator sehingga mereka sanggup berkumpul beramai-ramai di hadapan tangga itu!

Menurut crtv, pengunjung sanggup berkumpul semata-mata untuk melihat pengguna menggunakan tangga tersebut.

Capture 5 7

Siapa sangka ada lagi masyarakat dunia yang masih belum sempat merasai perkembangan teknologi yang ada. Jadi apa pandangan korang mengenai perkara ni. Min rasa kesian juga dekat diorang, sampai off balance dibuatnya…

Baca : Dengan Malaysians pun racist Hostel Reggae Mansion Masjid Jamek Kantoi Racist Tak Bagi Orang Asia/Afrika Menginap

Capture 5 8

Sumber: crtv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.