in

Jangan Terkejut, Jumlah Kematian Covid-19 Di Seluruh Dunia Bukannya Sejuta Tapi Didakwa Hampir Cecah Dua Juta Sebab…

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika artikel ini ditulis, jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia adalah sebanyak 1,006,471. Kematian yang dah cecah lebih sejuta ini memang menakutkan bila dilihat. Tapi korang tahu tak, dikatakan angka SEBENAR kematian mungkin hampir dua kali ganda dari angka yang direkodkan?!


Menurut Bloomberg, jumlah kematian dari pandemik ini mungkin hampir mencecah 1.8 juta dan ia mungkin akan meningkat ke angka tiga juta pada hujung tahun nanti. Lagi beberapa bulan je ni.

Screenshot 2020 09 29 At 3.38.42 Pm

Kenyataan ini dibuat oleh Alan Lopez, seorang profesor dan pengarah Universiti of Melbourne yang turut mengatakan keupayaan coronavirus untuk merebak dan menjangkiti orang tanpa menunjukkan simptom adalah punca ianya sukar untuk mendapatkan angka yang tepat.

0 Pemakaman

Kematian satu juta ini merupakan makna yang besar tapi persoalannya, adakah ia benar? Secara adilnya, walaupun kematian sebanyak satu juta ini mengejutkan, ia mungkin merupakan pengiraan yang rendah — sangat-sangat rendah.”

Malah di negara-negara yang mempunyai sistem kesihatan yang baik pun sukar untuk mengukur kematian yang tepat. Puluhan ribu kematian pada bulan Mac hingga Mei yang mungkin berpunca dari Covid-19 di Amerika Syarikat tak direkodkan oleh statistik rasmi kerana sukar untuk menjejaki perkembangan pandemik ini.

Oleh itu, kemungkinan bagi statistik rasmi untuk merekodkan jumlah sebenar kematian dari Covid-19 adalah sukar dan banyak lagi kematian yang tak dilaporkan kerana mungkin tak ada pun tanda-tanda terkena dorang terkena jangkitan.

Baca: “Lebih banyak D614G mutation dijumpai dalam sampel ujian Covid-19” – Dr. Noor Hisham

Screenshot 2020 09 29 At 3.43.12 Pm

Sumber: worldometers
Sumber: Sumeks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.