Boleh dikatakan isu seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sebuah universiti di Korea Selatan iaitu Sabrina telah mendapat perhatian sampai ke hari ini gara-gara kenyataan yang diberikan kepada media.
Sabrina mengatakan, walaupun dia seorang hijabis, tidak salah untuk dia menari dan membuat dance cover tarian K-pop kerana dunia sudah semakin maju. Kenyataan ini jelas membuatkan ramai netizen marah.
"I like my hijab and I like dancing."
How this young K-pop dancer from Malaysia deals with hate comments
More on how K-pop conquered the world https://t.co/qR2LK84ua3 pic.twitter.com/topbD7Ujo8
— BBC World Service (@bbcworldservice) May 10, 2022
Disebabkan kecaman tentang dirinya tular hampir di semua media sosial, ramai yang tampil memberikan respon dan pendapat masing-masing sampaikan menarik perhatian beberapa golongan pakar agama.
“Jangan sampai tergedik-gedik depan orang”
Namun, satu video stitch yang dimuat naik oleh seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Ustaz Shariff Al-Azhari di TikToknya @shariffalazhari telah memberi kenyataan ‘savage’ tentang isu Sabrina.
@shariffalazhari #stitch with @oghangkedah #dakwahtiktokuad #fyp #dakwahtiktokusa
Dalam video itu, ustaz tersebut mengatakan bahawa seseorang itu tidak salah untuk menari mengikut jenis tarian yang mereka minati namun janganlah sampai melebih-lebih sehingga mengundang salah faham.
“Nak menari tu boleh tapi janganlah sampai tergedik-gedik depan orang., jangan sampai menampakkan bentuk tubuh badan yang menggiurkan” – Ulas ustaz
Mengulas lagi tentang isu tersebut yang menjadi buah mulut orang ramai, ustaz ini menegaskan bahawa perkara yang dilarang adalah apabila tarian seseorang itu boleh menimbulkan rangsangan seksual kepada orang yang menonton.
“Puas hati aku dengar, semoga cepat insaf…”
Video berdurasi 59 saat itu telah mendapat respon positif dari netizen kerana kebanyakannya mengatakan bahawa perkara yang mereka marahkan telah dihujahkan oleh ustaz tersebut dengan lebih jelas.
Kesimpulannya, orang ramai mengharapkan agar isu yang berlaku ini dapat dijadikan sebagai pengajaran untuk kaum wanita berhijab di luar sana untuk sentiasa tahu batas-batas agama yang sepatutnya diikuti.
Betul lah apa ustaz tu cakap, tak salah untuk menari sebagai hiburan sendiri tapi title ‘sopan’ tu masih lagi kena jaga okay?
Baca: “Awak dah memburukkan imej islam” – Buat Teguran Terbuka, Individu Ajak Sabrina Dekat Dengan Allah