in

“Awak dah memburukkan imej islam” – Buat Teguran Terbuka, Individu Ajak Sabrina Dekat Dengan Allah

Ft Individu Tegur Sabrina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam satu kenyataan daripada seorang gadis berumur 22 tahun yang kini sedang menuntut di sebuah institusi pendidikan di Korea Selatan telah mengundang kecaman netizen.


Ia susulan dengan satu laporan mengenai dirinya dalam melakukan tarian Kpop walaupun berhijab dan respon yang dia berikan terhadap kritikan itu membuatkan ramai umat islam kurang senang mendengarnya termasuklah dari kalangan peminat muzik Kpop sendiri.

 

“Kita hidup pada abad ke 21”

Berikutan dengan kecaman itu tular di Twitter, individu yang dikenali sebagai @hazirahmuslim terpanggil untuk membuat surat terbuka buat Sabrina dan mereka yang menyokong gadis tersebut.

Katanya, mengakui bahawa Sabrina tidak mengenalinya tetapi mereka pernah bersua dalam satu majlis keagamaan, dia menyifatkan Sabrina sebagai seorang yang lemah lembut.

Katanya lagi, kenyataan yang diberikan oleh Sabrina itu telah mencemarkan imej islam dan ia membuatkan orang yang bukan beragama islam mempunyai satu tanggapan salah terhadap agama ini.

Dalam pada itu, wanita ini juga berhasrat mengajak Sabrina untuk mendekati islam dan menjelaskan bahawa dia hanya tinggal berdekatan dengan tempat Sabrina tinggal. Dia sanggup luangkan masa jika Sabrina sudi terima ajakannya itu.

Tweet ini telah meraih sebanyak 10K jumlah retweets sejak ia dikongsikan semalam, ada yang sokong dan ada juga yang anggap ianya sepeti melebih-lebih. Apapun harap isu ini selesai dengan baik dan mudah-mudahan pihak-pihak tertentu dapatlah muhasabah diri.

Baca : “Tak perlu ‘drag’ agama sekali” – [VIDEO] Kenyataan Penari K-Pop Berhijab Undang Kecaman Netizen

Untitled Design 2022 05 12T103756.203

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.