Cuba korang check almari dapur ibu korang, mesti ada je koleksi Tupperware kan? Biasalah, mak-mak kan? Suka kumpul bekas yang memudahkan urusan seharian diorang.
Macam yang kita tahu, majoriti kaum ibu di Malaysia akan suka dengan koleksi Tupperware. Mana taknya, kalau anak-anak hilangkan Tupperware milik ibu mereka, perkara itu dianggap sebagai satu silap besar kerana jenama itu sangat popular.
Perkara itu dibuktikan dalam satu video TikTok melalui akaun @king_hyecals. Dalam video itu, dia merakam segala koleksi milik ibunya di dapur. Boleh dikatakan penuh juga segala kabinet yang ada dengan koleksi Tupperware.
@king_hyecals MAK SAPE GINI…KADANG BOLEH BUAT GADUH KALAU HILANG DIA PUNYA TUPPERWARE!!!😆😂🤣🤣.. #foryourpage #foryoupage #eskeli #fypシ #fyp
Bukan itu sahaja, pemilik akaun TikTok itu turut memberitahu bahawa kakaknya juga mula untuk terikut hobi ibu mereka sehingga sanggup ke rumah ibunya sekiranya ada beberapa bekas Tupperware yang didapati hilang.
Di bahagian komen, ramai yang kagum dengan bilangan bekas Tupperware yang ditunjukkan kerana pelbagai saiz dari sekecil-kecil bekas kuih raya hingga ke saiz sebesar jag air disusun di kabinet dapur.
“Masalahnya tupperware bukan main banyak, tapi kalau hilang satu terus boleh detect weh” – Netizen
Ada juga yang berkongsi pengalaman tentang peristiwa mereka hilangkan bekas Tupperware milik ibu mereka. Menariknya, rata-rata mempunyai pengalaman yang sama dengan ibu mereka. Wah, betul-betul relatable eh?
Terbuktilah, ibu-ibu memang gemar simpan bekas yang boleh dipakai untuk jangka masa yang lama. Jadi, kita sebagai anak dan juga pengguna bekas Tupperware milik ibu sendiri haruslah jaga dengan baik. Paling penting, jangan sampai hilang okay?
Baca: [VIDEO] Sporting Habis! Sebab Anak Takde Kawan Main, Pensyarah Ini Layan Mobile Legends