in

“Jangan risau kami tak lari” – Jemaah Tabligh Tunai Tanggungjawab Buat Pemeriksaan Covid-19

Tabligh 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan penularan wabak COVID-19 di Malaysia kini kian meningkat ia mengundang rasa bimbang rakyat Malaysia.


Ia berpunca apabila lelaki yang dijangkiti tersebut ada menyertai satu Majlis Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek yang menghimpun sekitar 10,000 jemaah pada 28 Februari hingga 1 Mac lepas.

 

Disebabkan itu KKM telah mengarahkan jemaah-jemaah yang terlibat untuk membuat pemeriksaan bagi mengelak penularan wabak Covid-19 dalam komuniti.

Menerusi Harian Metro, seorang jemaah, Bakri Che Muhamad, 57 terus bergegas melakukan pemeriksaan sebaik sahaja mendapat arahan daripada KKM kerana dia rasa bertanggungjawab untuk melakukan perkara itu.

“Saya menaiki Grab datang dari Taman Maluri ke masjid ini yang diberitahu ujian saringan akan dibuat di sini. Alhamdulillah, hasil ujian sudah diketahui dan saya negatif virus berkenaan berdasarkan beberapa ujian dilakukan doktor.”

Katanya lagi, ramai dalam kalangan jemaah yang dihubunginya menunaikan tanggungjawab masing-masing pergi ke klinik kesihatan daerah terdekat untuk membuat saringan.

Disebabkan kebimbangan orang ramai itu ada yang hingga menjadi kecaman, dia menjelaskan kepada orang ramai supaya jangan bimbang.

“Orang ramai jangan risau, kami tahu tanggungjawab dan datang untuk membuat saringan kesihatan. Tiada siapa akan melarikan diri, contoh seperti hari ini ramai yang datang melakukan ujian kesihatan”

Tambahnya, ramai lagi yang jemaah yang sudah buat pemeriksaan tetapi disahkan negatif. Majlis ijtimak itu adalah program tahunan yang dihadiri sekitar 10,000 jemaah Malaysia.

Sebaik dahaja  KKM menggesa jemaah tabligh membuat ujian saringan Covid-19, Bakri pada mulanya terkejut.

“Dua anak saya doktor, mereka bertanya ada ke tidak saya pergi ke majlis berkenaan, dan jika ada terus ke klinik kesihatan buat ujian kesihatan. Saya bergegas pagi tadi ke klinik kesihatan terdekat dengan rumah namun mereka meminta saya datang ke masjid ini.”

 

Baca : [TERKINI] Malaysia Rekod Pesakit Covid-19 Pertama Tanpa Sebarang Kontak Daripada Orang & Travel Ke Tempat Yang Dijangkiti

Capture 10

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.