in

Jangan Panik Dulu! Ini 5 Tips Korang Boleh Cuba Jika Si Bulus Cirit-Birit

Pages 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tuan mana yang tak risau jika si bulusnya tiba-tiba cirit-birit, kan? Ya, bukan saja manusia, kucing juga boleh mengalami masalah cirit-birit.


Kucing yang sedang mengalami masalah diarrhea biasanya akan menunjukkan simptom lemah dan tidak bermaya. Ini kerana masalah pencernaan pada perut mereka akan menjadikan najis kucing menjadi cair lalu mengakibatkan dehidrasi.

Alahai, melihat si bulus kesayangan kita tiba-tiba lemah je lagilah tak sedap hati, kan?

Istockphoto 974827064 612X612 1

Jangan panik dulu, ada beberapa kaedah rawatan yang korang boleh cuba sendiri untuk rawat kucing korang dari cirit-birit.

1. Ganti makanan kucing

Perkara pertama yang korang kena buat adalah menggantikan makanan kucing ke jenama lain. Pemilihan makanan merupakan antara faktor utama yang menyebabkan si bulus terkena diarrhea.

Jika perkara ini diendahkan dan makanan yang sama terus diberi, kemampuan saluran ususnya untuk sembuh menjadi terhad dan menimbulkan risiko untuk kucing itu dijangkiti penyakit berbahaya lain seperti lipidosis hati.

Jika si bulus mengalami cirit-birit selepas dietnya ditukar, maka tukar semula kepada diet yang lama dan pantau jika masalah ini berkurangan.

2. Berikan air secukupnya

Sama seperti manusia, kucing yang mengalami masalah cirit-birit juga memerlukan jumlah air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Korang boleh cuba isi semangkuk air bersih dan letakkan di sebelah makanannya supaya si bulus jadi lebih tertarik untuk minum.

Sebagai alternatif, berikan makanan yang mengandungi kadar air tinggi di dalamnya. Salah satu caranya adalah sediakan ayam atau ikan yang dihancurkan dan dicampur dengan air. Secara tidak langsung si bulus akan terima lebih banyak air dalam badannya.

Pexels Cottonbro 6869656

3. Diet serat rendah

Ada juga jenis cirit-birit kucing yang mampu dirawat melalui makanan yang mudah dicerna atau diet rendah serat. Kandungan serat kasar di bawah 3% akan memudahkan kucing anda mencerna makanan dan mengurangkan lagi risiko cirit-birit.

4. Probiotik

Bakteria baik adalah penting untuk melancarkan proses pencernaan kucing korang. Kekurangan bakteria baik merupakan salah satu sebab cirit-birit pada kucing tidak berhenti. Oleh itu, korang boleh cuba berikan suplimen probiotik untuk kembalikan bakteria baik ke dalam usus kucing.

Pastikan korang dah berjumpa veterinar untuk mengetahui produk yang bersesuaian dengan masalah kucing korang.

Cat Vet 1024X683 1

5. Ubat anti cirit-birit

Majoriti pemberian ubat cirit-birit untuk si bulus perlulah disertai dengan preskripsi dari veterinar terlebih dahulu. Jadi, make sure korang dah bawa kucing korang berjumpa doktor dulu sebelum berikan kucing korang sebarang ubat cirit-birit, okay?

Haa… kalau ada si bulus korang yang cirit lepas ni, harap jangan panik lah eh? Semoga bermanfaat!

Sumber: Suara

Baca: Siapa Sangka Kucing Pun Boleh Cemburu? Kenali Punca-Punca & Cara Atasinya

2222

Sumber: iStockphoto
Sumber: Pexels

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.