Hospital Duchess of Kent (HDOK) di Sabah mendedahkan beberapa pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di ICU adalah terdiri dari golongan yang berumur 50 tahun ke bawah tanpa sejarah penyakit kronik.
Menurut pengarah, Dr Francis Paul, HDOK kini sedang merawat 27 pesakit di ICU dan ia merupakan jumlah yang agak tinggi lebih-lebih lagi bila kes di Sandakan terus meningkat dan HDOK juga perlu merawat kes-kes dari daerah jiran seperti Beluran, Kinabatangan, Telupid dan Tongod, lapor BERNAMA.
Walaupun ramai pesakit di ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan merupakan orang-orang yang berusia 60 tahun ke atas dan memiliki sejarah penyakit seperti kencing manis, sakit jantung dan paru-paru, ada juga pesakit-pesakit yang muda dan sihat sebelum mereka dijangkiti Covid-19 dan perlu dirawat di ICU.”
Ini menunjukkan yang virus ini tak patut diambil ringan kerana ia boleh dijangkiti oleh sesiapa sahaja.”
Tambahnya lagi, biasanya kes-kes baru akan dimasukkan ke HDOK tapi dengan jumlah katil yang terhad, kini dorang terpaksa membuat saringan dan kes yang stabil akan dirawat di wad tambahan yang disediakan di luar hospital.
Tak cukup dengan ini, HDOK turut mencari sukarelawan untuk memberikan makanan kepada pesakit di wad tambahan seperti di Kompleks Sukan Sandakan dan Program Perumahan Rakyat Batu Putih.