in

“Jangan nak kelentong customer ya!” –KPDNHEP Mula Serbu Restoran Yang Jual Air Milo Dan Nescafe Palsu

Aa 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak pergi restoran order air Milo ke tapi bila dapat rasa macam air koko? Mesti pernah punya.

Kalau korang nak tahu, korang ada hak tau untuk laporkan isu ‘air palsu’ ini dekat pihak berkuasa.


A3 1

 

KPDHNEP mula terima aduan dari pelanggan

Terbaru, atas aduan orang ramai berkenaan isu ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah pun memulakan pemeriksaan kepada restoran yang menjual minuman jenama seperti Milo atau Nescafe tetapi dihidangkan dengan jenama dan kualiti yang lain.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, perlakuan tersebut jelas menunjukkan kegiatan perihal dagangan palsu pada barangan atau makanan yang ditawarkan oleh restoran.

Tambahnya lagi, ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 apabila menu yang dipaparkan di restoran mengandungi penyataan palsu dan mengelirukan pelanggan.

A 2

 

Periksa 881 peniaga dan restoran

Jadi apa yang KPDHNEP dah buat bila dapat aduan macam ni?

Menurut Iskandar Halim, anggota penguat kuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan ke atas 881 premis kedai makan dan restoran di seluruh negara sejak 7 Oktober hingga 27 Oktober.

Sepanjang tempoh pemeriksaan tersebut dijalankan, terdapat dua kes di bawah seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 direkod kerana menggunakan perihal dagangan palsu iaitu penggunaan ‘Milo’ yang diganti dengan minuman lain.

A1 2

 

“Pemeriksaan ini diteruskan bagi memastikan semua premis restoran atau kedai makan mematuhi arahan yang dikuatkuasakan dan seterusnya melahirkan peniaga yang beretika,”

Beliau juga mengingatkan sekiranya premis restoran atau kedai makan didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011, pemilik premis boleh didenda tidak melebihi RM250,000.

Sumber: Bernama

 

Haa mana yang nak ganti ke campur air dengan jenama lain tu bawalah bertaubat. Air Milo segelas RM2.50 tak pasal-pasal kena saman RM250,000. 

Baca: “Baiknya mak mertua diaaaa” – Gara-gara Menantu Mengidam Nak Minum Milo, Mentua Sanggup Kejar Lori Milo!

A4 1

Sumber: Buletin TV3
Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.