Macam yang kita tahu, kes gangguan seksual ni masih lagi menjadi-jadi di negara kita dan ianya dilihatkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini tanpa mengira tempat dan waktu.
Walau bagaimanapun, ramai yang tak tahu bahawa pertuturan berbaur lucah dan juga ‘double-meaning’ ni pun boleh diklasifikasikan sebagai gangguan seksual kerana boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada seseorang.
Macam satu perkongsian tweet yang dimuat naik oleh food vlogger terkenal iaitu Ceddy di Twitter miliknya @CeddyOrNot, mendedahkan luahan seorang wanita yang menceritakan keadaan dirinya diganggu rakan sekerja.
Gila ka, cakap benda macam ni kat co-worker you. This is why I always advise people to enforce boundaries with your colleagues, you don’t have to be besties with them, habis kerja balik rumah masing masing, takyah gatal nak ikut balik. 🤮
What would you do in this situation? pic.twitter.com/c3gT1jMYE7
— Ceddy (@CeddyOrNot) July 5, 2022
“Eh tak balik lagi? Rumah kat mana? Nak I ikut balik?”
Dari perkongsian direct message (DM) Ceddy bersama wanita ini, dia menceritakan insiden yang berlaku apabila dirinya belum pulang dan menerima soalan dari rakan sekerjanya yang disifatkan sebagai lelaki miang.
Difahamkan dia kongsikan insiden itu kepada Ceddy sebab nak dapatkan pengesahan yang itu merupakan salah satu bentuk gangguan seksual dari rakan sekerjanya sampaikan wanita tersebut terdiam akibat terkejut.
“Kalau tak biasa, memang rasa terkejut”
Tapi, bila wanita ni cerita hal yang sama kepada rakan wanitanya yang lain, ini respon diorang…
Disebabkan itu juga, Ceddy menegaskan yang itu bukanlah sesuatu perkara yang boleh dinormalisasikan dalam kehidupan malah katanya lagi, batas pergaulan antara pekerja sangat memainkan peranan.
“This is not normal ya. Especially kat tempat kerja! You kena enforce boundary. Bagi dia tau kalau dia cakap benda macam ni, you akan take action” – Balas Ceddy
Tweet itu telah mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang lain selepas ramai bersetuju dengan tindakan Ceddy yang meminta wanita untuk berikan amaran kepada rakan sekerjanya supaya tak ulang hal yang sama.
Min harap apa yang jadi ni korang jadikan sebagai pengajaran ya… Nak bergaul tu boleh, tapi berpada-pada tau?
Baca: [VIDEO] Lelaki Terkejut Punggung Diraba Golongan Sejenis Di Tandas MRT Sungai Buloh