in

“Jangan kita respon dengan membuka aib mak ayah kita” – Wakil Rumah Jagaan Orang Tua Tampil Tepis Kenyataan Menantu

Wargaemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral kisah seorang wanita warga emas dibuang oleh 9 anaknya selepas suaminya meninggal dunia 3 tahun lalu.


Lebih memilukan lagi apabila tiada seorang pun anaknya mahu menuntut sebagai waris ketika dirinya dirawat di hospital.

 

Dibuang anak

Disebabkan itu, seorang wanita yang dipercayai sebagai menantu kepada Makcik Zahrah ini membuat kenyataan terbuka di media sosial dengan membuat pendedahan bahawa sebenarnya Makcik Zahrah yang buang anak.

Malah, wanita tersebut menjelaskan bahawa makcik ini orang banyak duit dan seringkali menghina dan memaki anak-anaknya.

Boleh baca pendedahannya ini,

Whatsapp Image 2021 05 09 At 5.14.52 Pm

Semasa tiada seorang anaknya mahu tuntut sebagai waris, pihak hospital terpaksa menghantar Makcik Zahrah ke Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, Shah Alam.

Berhubung dengan isu ini, rumah orang tua tersebut ada tampil beri keterangan dan sekaligus membuat kenyataan balas terhadap wanita yang dipercayai menantu warga emas berumur 83 tahun itu.

Biarlah kami menjaga Makcik Zahrah. Tak nak jaga tak apa. Jangan fitnah beliau. Makcik Zahrah bukan orang senang. Beliau hidup dengan sumbangan Baitulmal.”

Luah mereka lagi, rumah jagaan memberitahu kepada umum, apa yang dinyatakan oleh wanita terbabit didakwa adalah fitnah, lapor Sinar Harian.

Bukan itu sahaja, pihak rumah jagaan ini juga menjelaskan bahawa, sudah menjadi satu kelaziman   kali pihak media mendedahkan kisah pilu warga emas di bawah jagaan mereka, pasti akan tampil anak, menantu mahupun cucu memberi respon berhubung pendedahan terbabit.

“Nasihat kami, jangan kita respon dengan membuka aib mak ayah kita di sosial media. Menceritakan kisah silam mak ayah kita di media sosial tidak menjadikan kita lebih baik di pandangan mata orang lain.

“Jika tiada sesiapa yang mampu menjaga beliau, tak mengapa. Biarlah kami ambil tanggungjawab ini. Insya-ALLAH selagi berkemampuan kami akan menjaga beliau sebaiknya,

“Seburuk mana mak ayah kita, tanpa mereka kita tak kenal dunia. Biarlah ALLAH yang mengadilinya, kita semua tak layak nak menyalahkan mana-mana pihak.

“Bukan hak kita nak salahkan anak atau ibu atas perkara yang telah berlaku. Cuma nak ingatkan sedikit. Besar jasa ibu mengandung dan melahirkan kita. Doakan urusan kami dipermudahkan,”

Kata mereka lagi, tindakan menuding jari kepada mana-mana pihak tidak akan menyelesaikan masalah yang berlaku.

Berdasarkan pengalaman kami. Bila media dedahkan perihal warga emas yang di bawah jagaan dan rawatan kami. Pasti ada…

Posted by Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas on Saturday, May 8, 2021

 

Baca : Kanak-kanak Tidak Dijemput Dari Sekolah Pulang Ke Rumah dan Mendapat Tahu Dia Dibuang Ibu Bapa

Dibuang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.