in

“Jangan jatuhkan kemuliaan wanita” – [VIDEO] YouTuber Dikecam Kerana Buat ‘Fashion Show’ Niqab?

Fashion Show Niqab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niqab atau purdah ialah kain yang menutupi wajah dan dipakai bersama tudung atau jilbab yang labuh.

Pemakaian purdah atau niqab ini merupakan salah satu cara wanita Muslimah untuk mengelakkan diri dari bersifat tabarruj serta ia juga bertujuan untuk menjaga keperibadian dan akhlak wanita.


Pun begitu, baru-baru ini nama YouTuber Ammar Nazhan menjadi bualan ramai di media sosial kerana memuat naik content fashion show berniqab.

Video berdurasi 16 minit itu menunjukkan beberapa orang talent wanita mengenakan jubah serta lengkap berpurdah sambil ditonton oleh beberapa orang lelaki.

Kemudian, mereka meberikan respon serta komen-komen terhadap wanita-wanita tersebut yang menggayakan fesyen berpurdah itu.

“Niqab is not fashion”

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima hampir 500K tontonan malah ia juga merupakan video ke-21 yang sedang trending di YouTube.

Walaupun tontonan video tersebut amat tinggi, tetapi menjengah ke ruangan komen, terdapat beberapa komen yang tidak setuju dengan content sebegitu kerana ramai yang merasakan ianya sesuatu yang kurang sopan dan berniqab itu bukanlah sebuah fesyen.

Mngb

Niat dah baik, moga jadi pengajaran buat semua…

Baca: Kenali ‘Kampung YouTube’ Di India Dimana 1/3 Penduduk Adalah YouTuber, Yang Paling Tua Umur 85 Tahun

Kenali Kampung Youtube Di India Dimana 13 Penduduk Adalah Youtuber Yang Paling Tua Umur 85 Tahun

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.