Memang seronok! Hari demi hari kita sering dikhabarkan tentang penurunan pesakit COVID-19 di Malaysia. Namun dalam kegembiraan ada satu penyakit yang lain.
Menerusi Facebook Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin, beliau baru sahaja mengingatkan agar orang ramai berwaspada dengan Demam Denggi.
https://www.facebook.com/dr.izani/posts/1570644029766150
Hal ini berlaku kerana, baru-baru ini di Twitter KKM, mereka baru sahaja melaporkan kes denggi di negara kita meningkat secara mendadak.
Mereka juga ada membuat perbandingan kes tersebut pada tahun yang lalu.
Dari Januari sehingga 6 Jun 2020, sebanyak 48,584 kes Demam Denggi telah dilaporkan berbanding 54,524 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 (penurunan sebanyak 11%). pic.twitter.com/MI67IJ3tq8
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) June 8, 2020
KKM jangka berlaku peningkatan kes Demam Denggi gelombang kedua bermula awal Jun sehingga September 2020, iaitu berdasarkan tren kes Demam Denggi
selama 5 tahun.Orang ramai diseru supaya meningkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing terutamanya di tempat takungan air
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) June 8, 2020
Melalui twitter tersebut, mereka juga ada menyatakan seramai 84 kes kematian disebabkan Demam Denggi ini dan punca kematian mereka adalah lambat menerima rawatan.
Susulan itu, KKM menjangkakan akan berlaku gelombang kedua bermula awal Jun sehingga September tahun ini.
Jadi min juga ingin ingatkan pada netizen agar sama-sama kita jaga kebersihan untuk lawan virus-virus ini.
Baca: Malaysia Boleh Bebas Covid-19 Tanpa Vaksin Jika Rakyat Tak Degil, Patuh SOP – Noor Hisham