in

Lazada Dedahkan 7 Kod Rahsia! Guna Dan Dapatkan Banyak Tawaran Tersembunyi

Lm Lazada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula 5-7 Julai nanti, Lazada akan mengadakan ‘Unexpected Mid-Year Sale’ dan buat pertama kalinya, Lazada memberikan 7 Kod Rahsia yang boleh digunakan untuk dapatkan lebih penjimatan dan pelbagai tawaran menarik sempena tempoh kempen nanti.


Bercakap Dengan CLEO 

Ini antara rahsia yang tak ramai orang tahu sebenarnya! Baucer penghantaran percuma RM0 boleh didapati dengan meminta pada agen khidmat pelanggan dalam talian (CLEO) yang tersedia di platform Lazada.

Kc Oss 1567651636390 Image

Caranya mudah; klik pada butang akaun, cari fungsi untuk bercakap dengan khidmat pelanggan (Chat with Customer Care) dan taipkan

Hey Lazada, can I please have the RM0 Free Shipping?

Voucer ini nanti boleh digunakan untuk sebarang pembelian di Lazada dengan minimum perbelanjaan RM0

Durian Runtuh

Masukkan perkataan Durian Runtuh di fungsi pencarian di Lazada dari sekarang hingga 7 Julai dan pelanggan terpilih akan menerima baucer ‘Beli 1 percuma 1’ (diskaun 50%). Masukkan kata laluan tersebut pada 12 malam setiap hari anda mungkin menjadi salah sorang dari penerima baucer ini.

F7Bc9Fc10450E36E8Bcc9Dc7D0C885De

Baucer boleh ditebus apabila membeli 4KG Durian Musang King asli dengan isi sebanyak 900g pada peniaga durian premium tempatan Dooran Dooran.

 

Chup Dulu

Chup Dulu merupakan salah satu fungsi pra-tempahan yang kini tersedia di platform Lazada, pastinya fungsi ni dapat memastikan barang yang dikehendaki boleh dimilikan dengan hanya perlu bayar deposit 10% daripada harga barangan yang dibeli dari LazMall. Bayaran penuh hanya dilakukan bila tiba waktu sale nanti sahaja untuk lebih penjimatan.

Ada banyak jenama-jenama besar yang bakal berikan diskaun hebat keatas barangan mereka di Mid-Year sale nanti, antaranya Lancôme, L’OCCITANE, Vans, Adidas dan banyak lagi!

LazMall Crazy Brand Mega Offer

Tawaran 50% hingga 80% atas setiap pembelian bakal ditawarkan pada 7Julai, jam 12 tengah malam hingga 2 pagi, selama 2 jam, korang boleh dapatkan penjimatan atas pembelian barangan berjenama dan kesemua mempunyai jaminan 100% tulen melalui LazMall.

Tidak cukup dengan itu, ada juga banyak baucar diskaun tambahan akan ditawarkan oleh jenama-jenama kegemaran Malaysia, termasuk Pandora,Fossil, Acer, Lenovo, Logitech, dan banyak lagi.

Bf845A7Db9D71F73D5F2B504747F67F3

Lazada Bonus

Lazada Bonus merupakan diskaun tambahan yang diberikan dan boleh digunakan bersama baucer-baucer tawaran yang lain. Bermula 30 Jun hingga 7 Julai nanti, kumpulkan bonus ini dan dapatkan tawaran potongan harga bermula RM10 hinggalah RM100 bagi produk yang mempunyai tag Lazada Bonus.

RM0.77 Crazy Flash Sale

Dalam banyak-banyak tawaran, pastinya sesi ‘flash-sale’ antara sesi yang paling dinantikan dan untuk kali ini, semua barangan yang bakal ditawarkan pada harga 77 sen!

Biasanya barangan flash sale ni pastinya paling laris, jadi untuk elakkan ada masalah masa pembayaran, gunakan fungsi e-wallet yang tersedia dan pastikan ada baki yang mencukupi!

 

Rancangan Chief Discount Officer

Rancangan Chief Discount Officer (CDO) akan kembali dengan episod harian sepanjang Unexpected Mid-Year Sale di saluran LazLive dari jam 9 malam hingga 10 malam, mulai 5 hingga 7 Julai. Pastinya, ada pelbagai baucar dan tawaran eksklusif akan disediakan dalam rancangan tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang Unexpected Mid-Year Sale, layari di sini dan untuk rujukan mudah bagi semua tarikh penting sale di Lazada nanti boleh kunjungi pautan ini.

 

 

 

 

Sumber: Lazada
Sumber: Lazada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.