in

“Jangan bagi anak saya cuci pinggan banyak sangat” – Ibu Ikut Anak Interview Kerja Dekat Kedai ‘Dessert’

Ft Ibu Anak Interview Kerja Sama Sama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila kita ingin menjangkau ke alam dewasa, sudah tentu perlu berdikari, kalau hanya bergantung kepada ibu bapa, memang susah nak maju, lebih-lebih lagi kalau kita ini berasal daripada keluarga yang sederhana.


Ada satu kes di sebuah kedai makan dessert di Taiwan berkenaan dengan seorang ibu dan anak yang datang di kedai tersebut, mereka berdua datang untuk mohon kerja disitu.

Apa yang menjengkelkan pemilik kedai tersebut adalah sikap ibunya yang terlalu overprotective (terlalu manjakan/lindung anak) terhadap anaknya. Lebih teruk lagi, si ibu siap tanya soalan-soalan yang tak relevan sepanjang tempoh temuramah itu.

“Penghawa dingin kat sini tak berapa nak sejuk. Awak kena naik taraf ni.”

Malah menurut perkongsian di Facebook dan WORLD OF BUZZ, si ibu itu juga bertanyakan jika skop kerja untuk jawatan yang ditawarkan itu ada kerja mencuci pinggan atau tidak, pemilik kedai dengan tenang menjawab bahawa ia merangkumi kerja mencuci kerana ia perlu dilakukan setiap hari.

366714243 608591198144807 8838208406263457772 N

Bagi si ibu, tiada masalah buatnya untuk melakukan kerja mencuci dan membersihkan, tapi masalahnya si anak yang tak boleh.

“Anak saya tak boleh buat kerja mencuci pinggan banyak sangat, tangan dia tak berapa nak elok.”

Tak cukup dengan perangai yang begitu demanding, si ibu siap cadangkan bahawa kedai tersebut perlu letak banyak kerusi.Tak cukup dengan itu, ketika pemilik kedai menjelaskan bahawa hanya ada satu kekosongan jawatan sahaja, si ibu mahu bekerja bersama anaknya.

Kalau saya tak dapat kerja sini, anak saya takkan kerja sini juga.”

Screenshot 2023 08 21 181650

Biarpun berdepan dengan calon yang banyak kerenah, pemilik kedai masih tenang dan bersikap profesional dengan mereka. Bagi mengakhiri sesi temuduga, pemilik kedai memberitahu bahawa dia akan hubungi mereka jika diterima bekerja dengan mereka.

Bagaimanapun, si ibu menggesa dan ‘menekan’ majikan untuk memberikan jawapan dengan kadar segera. Sikap mereka yang begitu ‘menguji’ telah menyebabkan majikan berterus terang memberitahu bahawa mereka tidak layak.

“Kalau macam tu, awak boleh cari kat tempat lain, saya tak boleh tak tunaikan permintaan awak disini,” kata majikan yang hilang sabar.

Mereka yang kecewa keputusan itu segera pergi begitu sahaja. Di penghujung perkongsian, majikan ada memberi peringatan mesra kepada semua ibu bapa di luar sana agar tidak terlalu manjakan anak kerana ia boleh menyukarkan si anak untuk bekerja dengan sendirinya.

Baca : “Esok saya jumpa parent Ifa” – Gadis Datang Interview Kerja, Tapi Boss Offer Ajak Kahwin

Gadis Dilamar Bos Di Whatsapp Jadi Viral Di Media Sosial Medsos

Sumber: Facebook
Sumber: 123RF

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.