in

“Esok saya jumpa parent Ifa” – Gadis Datang Interview Kerja, Tapi Boss Offer Ajak Kahwin

Gadis Dilamar Bos Di Whatsapp Jadi Viral Di Media Sosial Medsos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasalah kalau calon Whatsapp majikan lepas dah habis interview kerja untuk bertanyakan status permohonan. Kalau tak calon yang tanya, majikan pasti akan menghubungi kita.


Tapi lain pula yang terjadi dekat gadis kelahiran Surabaya ni. Perkongsiannya viral di media sosial berikutan dengan respon boss dia yang lain macam.

 

Minta kerja malah kita pulak yang dilamar.”

Lepas 3 hari interview kerja, calon yang dikenali sebagai  Ifa, 22 ada dapat mesej WhatsApp daripada majikan tu berkenaan dengan status permohonan kerja tu.

Lapor Tribun, Ifa mohon kerja sebagai Staff Admin, tapi boss tu offer kerja jadi Assistant Manager. Woahhh!!

Menerusi Twitter Ifa, Ifa ada kongsikan screenshot mesej daripada boss syarikat tu.

https://twitter.com/sweetdicted/status/1189139920301903872?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1189139920301903872&ref_url=https%3A%2F%2Ftwitter.com%2Fsweetdicted%2Fstatus%2F1189139920301903872

 

Jadi ‘Assistant Manager’

Eicscujuwaig K4
Sumber : twitter

 

Kejadian ini berlaku pada hari Selasa lepas 29/10/2019. Katanya permohonan Ifa sebagai Staff Admin gagal tapi ditawarkan dengan kerja sebagai Assistant Manager. Tapi Assistant Manager yang ada maksud lain.

Ini disebabkan kerana Ifa dapat ‘hidu’ dengan skop kerja yang boss itu tawarkan untuk jadi seorang Assistant Manager. Salah satu skop kerja yang dijelaskan oleh boss tu kena siapkan sarapan pagi dia. What?

Tak faham dengan maksud majikan, boss tu pun terus terang kepada Ifa yang dia berkenan dengan Ifa untuk ajak kahwin. Malah siap nak pergi melamar untuk jumpa kedua-dua orang tua Ifa lagi.

Eicscunuuaaqn9K

Menurut sumber, boss tu masih bujang lagi sebab masa interview boss tu ada tanya soalan dah berpunya ke belum dan bila rancang nak kahwin.

Tapi bagi Ifa dia anggap itu adalah soalan formal yang ditujukan kepadanya memandangkan dalam requirement dalam memohon jawatan tu kena seorang calon bujang.

Bagaimanapun, masa dia dihubungi oleh boss syarikat tu, Ifa dikatakan dah kerja kat tempat lain. Tapi dia tetap dihubungi beberapa kali.

Bagi Ifa, dia jadi rasa takut sebab kalau ditolak lamaran mungkin pihak boss tu akan sakit hati dan boleh menjejaskan reputasinya dalam industri.

Mana taknya, boss tu bukanlah individu yang dia betul-betul kenal pun sebab itulah dia bimbang, boss tu masih suruh Ifa pertimbangkan walau Ifa dah tolak dah.

Disebabkan mesej yang Ifa kongsikan itu viral, Ifa jadi makin takut sebab bimbang yang majikan itu akan marah.

Z19G3Aq
Sumber : twitter

Dia pun menghubungi boss tersebut untuk maklumkan pasal berita itu dan meminta maaf. Namun, dia langsung tak marah sebaliknya nak ambil tahu pasal ceritanya tu.

Malah lagi memuji Ifa sebab bersikap sopan dan jujur. Sungguhpun lamaran telah ditolak, majikan tu masih tak putus asa nak berjumpa dengan orang tua Ifa.

 

Baca : “Siapa suruh tak check?” – Majikan Tersalah Masuk RM7,300 Dalam Akaun, 2 Bekas Pekerja Tak Nak Bagi Balik Duit

Majikan

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.