in

Jangan Abaikan Kebersihan di Bahagian Sensitif, Ini 5 Perkara Yang Kaum Hawa Kena Alert!

Fi Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan daripada kita selalunya kurang titikberatkan penjagaan tubuh badan berbanding penjagaan muka, betul tak?



Tapi sebenarnya kebersihan ni bukan hanya pada sebahagian part daripada tubuh badan je, persekitaran sekeliling, muka dan tubuh badan juga penting termasuklah pada bahagian sensitif. Takkan lah kita nak orang cakap muka je cantik tapi hygiene tak jaga kan? Mesti lah semua kena cantik!

Jadi, special buat kaum hawa…ini 5 perkara penting yang korang kena alert bagi penjagaan di bahagian sensitif.

Jangan shave bulu ketiak!

Fi Hygiene 1

Korang tau tak sebenarnya kalau korang kerap cukur bulu ketiak nanti kulit akan irritate ketiak pun akan jadi hitam. So, apa korang boleh buat ialah untuk cuba gunakan wax. Walaupun ia agak messy dan leceh, tetapi korang akan lebih puas hati dengan result dia nanti. Selain daripada wax, korang boleh juga try guna hair removal spray. Lagi senang, cepat dan result pun lebih memuaskan!

Stretch marks/Selulit tu normal, tapi boleh dikurangkan!

Causes Of Cellulite

Korang jangan pelik atau terkejut, orang berbadan kurus pun boleh ada stretch marks dan selulit tau! Salah satu puncanya ialah faktor genetik. Tapi jangan risau…masalah stretch marks dan selulit ni boleh dikurangkan guna oil. Contoh produk yang korang boleh cuba jenama Bio Oil ataupun Palmer’s.

Exfoliate daki dekat badan!

Gettyimages 903413336 1605999522

Salah satu perkara penting yang ramai orang terlepas pandang ialah exfoliate. Sama je macam rutin korang untuk penjagaan muka, badan pun sebenarnya kena exfoliate tau! Pentingnya rutin exfoliate ni adalah untuk buang daki dekat badan kita dan juga untuk lembutkan kulit. Jadi, rajinkan diri korang scrub badan untuk exfoliate dalam 2 kali atau sekali seminggu.

Pantiliner tu penting!

Featured 4

Sebenarnya, pemakaian pantiliner ni penting ya untuk kaum hawa. Terutamanya untuk golongan yang ada masalah keputihan agak teruk, korang memang dinasihatkan untuk pakai pantiliner. Jangan risau, sekarang ni macam-macam jenis pantiliner ada…untuk kulit sensitif, yang ada herba, atau yang boleh keluarkan bau wangi pun ada! Ikut kesesuaian dan keselesaan korang.

Pilih pad yang sesuai waktu period!

Ozmdb8F8Ko971

Zaman sekarang dah tak macam dulu, nak cari pad bukannya susah. Sama macam pantiliner, pad pun dah ada bermacam-macam jenis dah! Ikut juga kesesuaian dan fasa period korang. Kalau awal, lagi, pakai lah pad yang besar dan lebar sikit. Pad yang ada wings lagi bagus sebab ia boleh elakkan kebocoran! So, korang boleh keluar dengan yakinnya walaupun masa period.

Jadi, korang check balik antara 5 perkara dekat atas ni, mana yang korang rasa korang dah terlepas pandang. Kalau ada…boleh lah slow-slow cuba amalkan rutin baru. Mesti lepasni korang akan rasa lebih yakin dengan diri korang sebab hygiene korang terjaga.

Baca: Tak ada kena mengena- Kononnya Tapai Jadi Merah Kerana Dibungkus Wanita Period Netizen Jelaskan Hal Sebenar 

Baca Period

Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.