Dark spot pada wajah merupakan masalah di kawasan muka yang normal dan sering dialami ramai. Sebenarnya, dark spot pada kulit, atau hiperpigmentasi ini berlaku disebabkan oleh pengeluaran melanin yang berlebihan dan warnanya mungkin bergantung pada tona kulit seseorang.
Selain dari terdedah pada matahari, perubahan hormon, alahan ubat atau keradangan disebabkan masalah kulit juga boleh menyebabkan munculnya dark spot pada wajah.
Macam kitorang yang kadang-kadang berjemur untuk shoot video dan sebagainya ni, memang tak lari juga daripada ada masalah dark spot ni.
Tipulah kalau nak kata tak risau bila muncul dark spot pada muka kan? Untuk atasi masalah tersebut, macam-macam produk dah digunakan tetapi belum jumpa yang terbaik.
Kebetulan baru-baru ni, sambil nak mencari konten, kitorang ternampak ada beberapa video ‘viral’ yang boleh selesaikan masalah yang dialami dan katanya pencarian kitorang untuk selesaikan masalah dark spot ni akan berakhir dengan penemuan THIAMIDOL!
Rupanya, ramai jugak yang dah kongsikan pasal keberkesanan THIAMIDOL ni iaitu penyelesaian dark spot No.1* terbukti secara klinikal dan diuji secara dermatologi untuk mengurangkan setiap jenis bintik hitam** dari akar dengan berkesan.
Kitorang Test Sendiri Keberkesanan THIAMIDOL
Dalam video-video yang kitorang jumpa, semuanya cadangkan untuk guna Eucerin Spotless Brightening Booster Serum bukan sahaja mengandungi Thiamidol, tetapi diperkuatkan lagi dengan Hyaluronic Acid untuk memberikan kulit yang sekata dan berseri.
Apa yang membuatkan kitorang lagi teruja nak cuba ialah bila tengok ramai pengguna berpuas hati dan penggunaan produk ini boleh kurangkan bintik hitam disebabkan pigmentasi sebanyak 75% dan hasilnya boleh dilihat dalam masa DUA MINGGU!
Sebelum kitorang kongsi pengalaman kitorang gunakan produk ni, korang tengok dulu perkongsian daripada diorang ni :
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Geng LM Review Eucerin Spotless Brightening Booster Serum
Korang mesti nak tahu hasilnya kan? Ok cuba tengok perbandingan dua gambar ni, gambar pertama sebelum gunakan produk, gambar kedua seminggu selepas gunakan produk.
Apa yang best mengenai Brightening Booster Serum ni ialah teksturnya lembut pada kulit, tak terasa macam gunakan sebarang produk pada muka. Dalam masa yang sama, korang boleh rasakan yang kulit korang lembab sangat sepanjang hari. Sangat selesa!
Sekali penggunaan, korang boleh nampak muka ‘glowing’ dan lama kelamaan dark spot akan berkurangan sebab Eucerin Spotless Brightening Booster Serum ni menggabungkan dua bahan yang berfungsi dengan cara yang berbeza:
1. Thiamidol: bahan berkesan dan dipatenkan yang bertindak sebagai punca utama hiperpigmentasi terbukti secara klinikal dapat mengurangkan hiperpigmentasi, menghalang penampilan semula dengan penggunaan biasa.
2. Asid Hyaluronik Pekat: salah satu bahan pelembap kulit yang paling berkesan membantu kulit menarik dan mengekalkan kelembapan.
Selain daripada itu, korang juga boleh meningkatkan keberkesanan Spotless Brightening Booster Serum ni dengan penggunaan Eucerin Sun Serum Spotless Brightening SPF 50+, pelindung matahari muka yang sesuai untuk digunakan setiap hari dan paling menarik, ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit yang membantu mencegah hiperpigmentasi akibat matahari.
Teknologi Eucerin Advanced Spectral menggabungkan jalur lebar dan penapis UVA/UVB untuk perlindungan UV yang sangat tinggi dengan Licochalcone A untuk meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh cahaya UV dan HEVIS.
Formula ini diperkaya lagi dengan Thiamidol, untuk mengurangkan bintik hitam dan mencegah kemunculannya semula. Yang paling penting, Sun Serum ni cepat meresap pada kulit dan tidak melekit serta tidak menyebabkan liang pori tersumbat.
Kalau korang tak percaya, korang boleh dapatkan Eucerin Spotless Brightening Booster Serum di Watsons, Guardian, Shopee dan juga Lazada.
*IQVIA Data Jualan Kesihatan Pengguna mengenai nilai jualan dan jumlah berdasarkan 16 negara, MAT 08/2023
**kerana pendedahan cahaya matahari, jerawat & penuaan