in

James Bulger: Budak 2 Tahun Diculik & Dibunuh Dua Kanak-kanak Umur 10 Tahun, Ramai Saksi Tapi…

Collage 2

Berapa tahun umur seseorang tu sebelum kita berhenti tengok dorang sebagai budak-budak dan fikir yang dorang mampu untuk membunuh orang?

Ini menjadi persoalan bagi orang di Britain, 28 tahun yang lalu…

Imej CCTV dua orang budak lelaki berumur 10 tahun membawa kanak-kanak umur 2 tahun ini dah tersemat dalam minda orang-orang yang tahu tentang kes James Bulger ini. Korang tengok dekat bawah ni, memang tak ada apa yang pelik dengan gambar tersebut kan?

James Bulger Killers

Culik, seksa, bunuh – macam mana kanak-kanak umur macam ni boleh jadi kejam?

Macam hari-hari yang lain, hari kejadian ini juga bermula macam biasa. Denise Bulger singgah ke sebuah pusat membeli belah di Bootle berdekatan dengan Liverpool. Wanita ini bercadang untuk pergi ke salah satu kedai menjual daging di tingkat bawah pusat membeli belah tersebut.

Ketika hari kejadian, keadaan di dalam kedai tersebut sibuk hingga orang terpaksa beratur. Denise terleka sekejap ketika memilih daging.

Sementara itu, hari yang sama, dua kanak-kanak Robert Thompson dan Jon Venables buat keputusan untuk singgah ke pusat membeli belah tersebut.

Kedua kanak-kanak ini berusia 10 tahun dan ini bukan kali pertama dorang ponteng sekolah. Malah, dorang memang terkenal kerana selalu tak datang dan hari itu dorang buat keputusan untuk hiburkan diri di pusat membeli belah.

Seperti biasa, Robert dan Jon akan buat jenayah-jenayah kecil bila ponteng sekolah. Dorang curi gula-gula, anak patung, tin sembur cat berwarna biru dan beberapa bateri.

Benda-benda yang dorang curi ni tapi dorang tak nak guna, dorang akan buang dekat escalator yang tengah bergerak untuk buat kekecohan.

Namun, dorang tiba-tiba rasa bosan buat benda-benda ni dan buat keputusan untuk buat sesuatu yang lebih adventurous…

Sebelum dorang tiba di pusat membeli-belah, dua kanak-kanak ini ada buat lawak tentang pujuk budak-budak untuk ikut dorang sebelum bawa ke jalan yang banyak kereta dan tolak budak tersebut ke tengah jalan.

Whatsapp Image 2021 04 01 At 19.40.07

Cubaan pertama

Dalam salah satu kedai di sana, dua kanak-kanak ini cuba yakinkan seorang budak untuk ikut dorang. Seorang wanita yang membawa dua anaknya, yang perempuan berusia tiga tahun dan yang lelaki berumur dua tahun.

Wanita ini sedar yang anak-anaknya ini hilang, bila dia cuba cari dia ternampak anak perempuannya dan bila dia tanya anak perempuannya tentang keberadaan adiknya, budak ini berkata yang “dia keluar dengan budak-budak lelaki.”

Panik, ibu ini mula menjerit memanggil anaknya dan berlari untuk cari anak lelakinya itu. Bila wanita ini keluar dari pusat membeli belah tersebut, dia ternampak anak lelakinya dari jauh sedang ikut Robert dan Jon.

Bila Jon ternampak ibu kanak-kanak tersebut cuba memanggil anaknya, dia arahkan budak tersebut untuk pergi ke arah ibunya.

Wanita ini terus peluk anaknya dan bila dia cuba cari dua kanak-kanak yang membawa anaknya itu, dorang tiba-tiba lenyap.

Cubaan kedua

Bengang cubaan untuk culik budak tersebut tak jadi, dua kanak-kanak ini masuk semula ke dalam pusat membeli belah untuk curi gula-gula di sebuah kedai.

Ketika inilah dorang ternampak James Bulger yang sedang berdiri di pintu masuk sebuah kedai menjual daging. Di dalam, ibu kanak-kanak ini sedang sibuk memilih barang.

Whatsapp Image 2021 04 01 At 19.39.18

Robert dan Jon pergi ke arah kanak-kanak tersebut dan mula bercakap dengannya. Dalam masa beberapa saat, budak-budak ini dah pun ambil James dengan memegang tangannya dan bawa dia.

Orang ramai di pusat membeli belah tersebut ingat ternampak tiga kanak-kanak ini keluar dari mall tersebut. Bila James lari ke depan, dua kanak-kanak ini akan panggil dia balik persis macam abang jaga adik.

Di kedai menjual daging, Denise mula sedar yang anak lelakinya dah tak ada. Wanita ini terus pergi berjumpa dengan pengawal keselamatan dan memberitahu tentang situasinya.

Pengumuman tentang kehilangan James dibuat namun setengah jam kemudian, tak ada orang yang nampak kelibat James Bulger. Laporan polis dibuat tapi James dan penculiknya dah pun keluar dari pusat membeli belah tersebut.

Ramai saksi

Tiga kanak-kanak ini berjalan lebih 4 kilometer dan bila James menangis minta ibunya, dua kanak-kanak hanya buat tak tahu. Percaya dengan Robert dan Jon, James terus mengikuti mereka.

Kalau korang nak tahu, sepanjang dorang jalan jauh dari Bootle hingga masuk ke Liverpool, hampir 40 orang nampak tiga kanak-kanak ini.

Tapi sorang pun tak berhenti.

Bila dorang sampai dekat satu terusan, dua budak lelaki ini angkat James dan jatuhkan kanak-kanak malang ini hingga kepalanya bengkak.

Whatsapp Image 2021 04 01 At 19.38.31

James menangis, dua budak lelaki ini hanya gelakkan dia dan cakap yang dorang akan buang dia ke dalam terusan.

Seorang wanita yang lalu di situ terdengar tangisan James dan nampak budak malang ni tapi tak buat apa-apa.

Bosan, dua budak lelaki ini mengajak James untuk pergi ke tempat lain dan cuba sorokkan luka di dahi kanak-kanak ini dengan meletakkan hoodie. Tapi luka tersebut tetap kelihatan.

Ketika dorang berjalan di tengah bandar Liverpool, ada orang yang ingat ternampak James menangis malah ada juga saksi yang cakap dorang ingat dorang nampak budak ni menjerit panggil ibunya. Tapi sorang pun tak buat apa-apa.

Malah, seorang wanita nampak yang Robert tumbuk James dan goncang kanak-kanak malang ini, tapi dia tetap tak buat apa-apa dan tutup langsir tingkapnya.

Bila ada dua tiga orang yang tanya, dua kanak-kanak 10 tahun ni akan beri alasan macam James itu adiknya atau dorang terjumpa James memang dah luka macam tu.

Pembunuhan James Bulger

James Bulger

Dua kanak-kanak ini kemudiannya berjalan bersama James menuju ke arah landasan kereta api lama yang jarang digunakan dan tersorok.

Di sana dorang tahu tak ada orang akan ganggu.

Untuk seketika, dua budak lelaki ini mula teragak-agak dan berniat untuk patah balik tapi lepas berbincang dorang buat keputusan untuk bawa James ke landasan.

Ketika itu hampir jam 6 petang, Robert dan Jon memulakan rancangan dorang untuk mendera James. Pertama sekali, dorang sembur cat pada mata kanak-kanak malang itu sebelum menendangnya tanpa henti.

Whatsapp Image 2021 04 01 At 19.37.53

Mereka kemudiannya gunakan batu berdekatan untuk terus memukul James dan bateri yang dorang curi sebelum ini disumbatkan dalam mulut kanak-kanak tersebut.

Robert dan Jon terus memukul kanak-kanak berusia dua tahun ini sehingga penat dan ambil besi besar berdekatan landasan dan hempaskan ke atas kepala James.

Malah hasil siasatan menunjukkan yang dorang tak dapat nak kesan bila sebenarnya James meninggal dunia.

Tak cukup dengan itu, untuk menampakkan pembunuhan ini seperti kemalangan, dua kanak-kanak kejam ini letakkan mayat James di tengah landasan dan melarikan diri.

Tak lama kemudian, sebuah kereta api lalu dan melanggar mayat James.

Pencarian James

Sementara itu, pihak polis semakin galak mencari kanak-kanak malang ini. Gambarnya mula tersebar dan makin ramai orang datang ke hadapan dan memberitahu melihat kanak-kanak ini di terusan.

Namun pencarian tersebut tak membuatkan hasil, bila pemeriksaan CCTV dibuat, pihak polis terkejut bila mendapati yang kanak-kanak ini di bawa oleh dua budak kecil.

Parents Of James Bulger 768X503 1

Bapa James, ketika melihat gambar CCTV tersebut merasa lega dan sempat berkata kepada isterinya “dia baik-baik sahaja.”

Tak terbayang dalam fikirannya yang dua kanak-kanak tersebut boleh mencederakan anaknya dan semua ini dan menganggap ia hanyalah salah faham.

Namun, dua hari kemudian, mayat James ditemui. Kanak-kanak kecil ini telah diculik, dipukul dan diseksa sebelum dibunuh.

Pihak polis menemui bukti di serata tempat dan seorang lelaki tak dikenali telah memberitahu pihak polis tentang Jon Venebles dan Robert Thompson.

Kedua-dua kanak-kanak kejam ini ditangkap tak lama kemudian.

James Bulger Killers Jon Venables 768X614 1

Bila dua kanak-kanak ini disoal siasat, dorang mula salahkan satu sama lain sehinggalah Jon mengaku.

Saya bunuh dia.”

Jon meminta polis untuk beritahu ibu James yang dia minta maaf sambil menangis sementara Robert tetap tak berikan apa-apa reaksi.

Kedua-dua kanak-kanak ini kemudiannya didakwa dan kerana usia mereka yang masih muda, nama mereka dirahsiakan. Namun orang ramai tak bersetuju.

Whatsapp Image 2021 04 01 At 19.36.13

Walaupun dua kanak-kanak ini baru berusia 10 tahun ketika melakukan jenayah, mereka didakwa sebagai remaja dan umur dorang dah cukup untuk dikira bertanggungjawab melakukan jenayah.

Hakim membuat keputusan yang jenayah ini merupakan “kejahatan yang tiada tandingannya”.

Robert Thompson 768X611 1

Robert dan Jon merupakan orang termuda didakwa atas kes pembunuhan di Britain dalam masa 250 tahun.

Dorang dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan pada usia 18 tahun, kes ini akan disemak semula.

Ini berlaku pada tahun 2001, kedua-dua mereka dikira sebagai banduan contoh dan dibebaskan serta diberikan identiti baru.

Selepas dibebaskan, Robert mendiamkan diri namun Jon dipenjarakan semula pada tahun 2010 kerana memuat turun gambar kanak-kanak lelaki yang diseksa.

Dia dipenjara semula pada tahun 2017 atas kesalahan yang sama dan akhirnya dia menerima hukuman penjara atas kesalahan ini lebih lama dari dia dipenjara kerana membunuh James Bulger…

Whatsapp Image 2021 04 01 At 19.35.29

Allahu, memang tak terkata. Macam mana kanak-kanak umur macam ni boleh jadi sekejam ini?

Sumber: ati, Murder Minute

 

Baca: Kes Bunuh Kakitangan Ikram: Rakan Sekerja Ditahan Untuk Bantu Siasatan, Keadaan Kereta Mangsa Pula Jadi Tanda Tanya

Screenshot 2021 04 01 At 7.53.58 Pm

Sumber: ati
Sumber: ati
Sumber: ati