in

“Jam tu fake” – Gambar Khairul Aming Dijadikan Bahan ‘Marketing’ Oleh ‘Scammer’, Siap ‘Edit’ Guna Photoshop!

Ka 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak iPhone 15 dilancarkan baru-baru ini, ramai influencer membuat review mengenai telefon pintar itu. Tidak ketinggalan, influencer masakan, Khairul Aming juga membuat review tentang kualiti kamera iPhone 15 Pro yang memudahkan dirinya untuk merekod content.

Artikel berkaitan: Rangkul Anugerah ‘Creator Of The Year’, Pesanan Khairul Aming Buat Anak Muda Dipuji Ramai!


Artikel berkaitan: “Duit takkan pernah cukup”, Ini Respon Khairul Aming Bila Disoal Kenapa Tak ‘Upgrade’ Gaya Hidup

Namun begitu, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kredibiliti influencer sebagai bahan ‘marketing’!

Seperti hantaran tangkap layar yang dimuat naik oleh @FazliHalim, pengguna X ini berkata semenjak Khairul Aming membuat review produk tersebut, banyak iklan oleh scammer yang menggunakan gambar influencer itu untuk mempromosi produk mereka.

Gambar diedit, jam tangan fake

Scammer ini telah menyunting gambar Khairul Aming kononnya telah membeli Apple Watch di kedai reseller rasmi Apple, Machines di Pavilion, Kuala Lumpur. Ayat promosi dalam gambar itu juga dilihat agak mencurigakan kerana harga yang ditawarkan sangat tidak masuk akal iaitu RM94 untuk seutas jam.

Lebih membimbangkan, Fazli Halim berkata gambar kedai Machines itu adalah tidak wujud dan Apple Watch yang dipromosikan itu adalah fake!

Menyingkap di ruangan reply dalam hantaran itu, rata-rata netizen juga mengatakan hal yang sama dan sempat screenshot Facebook page yang menggunakan wajah Khairul Aming dan artis lain untuk mempromosi produk tiruan.

Ka 3

Ka 2 1

Ka 4 1

Ka 6 1

Macam-macam ye taktik scammer ni.. Korang hati-hatilah ye!

Sumber: X

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.