in

JAKIM Siasat Dakwaan Selebriti Indonesia, Ramai Rakyat Malaysia Sertai Ajaran Sesat Negara Seberang

Ajaran Sesat Indonesia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang selebriti terkenal Indonesia baru-baru ini mendakwa ramai rakyat Malaysia telah ke negara berkenaan untuk mengikuti sebuah majlis yang diadakan di sebuah pondok pesantren di Indramayu, Jawa Barat.


Pendedahan yang dibuat oleh pelakon, Lucky Hakim semasa sesi bual bicara di stesen televisyen tempatan, Tvonenews berkenaan mengakui dia turut berada di acara berkenaan dan tidak menyangka ianya merupakan acara besar-besaran.

Menurutnya, majlis berkenaan bukanlah majlis ‘biasa’ kerana kehadiran yang cukup ramai dari segenap pelusuk dunia termasuklah Korea dan lebih mengejutkan, rata-ratanya adalah orang Malaysia!

Screenshot 2023 05 25 134954

Menurut laporan, ajaran ini mula tular di media sosial apabila video pengasas pusat pengajian berkenaan melaksanakan solat sunat Aidilfitri dengan cara yang mencurigakan iaitu menjarakkan saf selain terdapat percampuran antara jemaah lelaki dan wanita.

Selain itu, ajaran berkenaan didakwa ‘menyanjungi Israel’ apabila pengasas berkenaan meminta para pengikut untuk menyanyikan lagu serta mengucapkan salam dalam bahasa Hebrew selain tular khutbah solat Jumaat yang disampaikan di pusat pengajian tersebut dilakukan oleh seorang wanita.

Tidak cukup dengan itu, cara laungan azan oleh pelajar pondok berkenaan juga mengelirukan kerana ianya tidak dilakukan menghadap kiblat tetapi menghadap para jemaah.

Tangkapan Layar Foto Yang Diunggah Akun Instagram Kepanitiaanalzaytun Saat Salat Idul Fitri 2023 Di Ponpes Al Zaytun Kabupaten 169

Perkara tersebut telah mendapat kecaman hebat antaranya oleh Ustaz Abdul Somad yang menjelaskan bahawa lagu yang dinyanyikan dalam masjid berkenaan adalah lagu salam bagi orang Yahudi.

Sehubungan dengan itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk lakukan siasatan dengan segera sama ada ajaran pelik di pondok pesantren di negara jiran tersebut telah menular di Malaysia.

Tambahnya lagi, dengan adanya kemajuan teknologi serta media sosial, tidak hairan sekiranya ajaran yang dibawa oleh pondok di Jawa Barat berkenaan boleh menular dengan cepat.

Menurut laporan, di Malaysia juga sudah wujud beberapa ajaran sesat yang terkenal dan mempunyai pengikut yang ramai, antaranya Kerajaan Langit pimpinan Ayah Pin, Al-Arqam dan lain-lain.

Namun, dengan kecekapan pihak berkuasa, ajaran-ajaran sesat ini dapat dibanteras selain para pengikut ajaran tersebut telah ‘dicuci’ semula fikiran mereka.

Baca : Berlapar Sehingga Maut, Ajaran Sesat Di Kenya Ragut Lebih 80 Nyawa

Ajaran Sesat Kenya

Sumber: TVoneNews
Sumber: Detik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.