in

“Jaga tanah air kita!” – Hanya Bayar RM 15k, Etnik Rohingya Boleh Sampai Malaysia?

Combine Rohingya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu tuntutan etnik Rohingya yang tinggal di Malaysia. Sudah banyak kemudahan dan keselesaan yang diberikan tapi masih lagi nak tuntut perkara-perkara lain.


Terbaharu, dilaporkan etnik Rohingya yang berada di kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh terpengaruh dengan ajakan dan tarikan saudara-mara mereka yang tinggal di Malaysia dan sanggup meminjamkan wang untuk membawa mereka masuk ke negara ini serta mempertaruhkan nyawa mengharungi Teluk Andaman untuk memasuki perairan ini, lapor Harian Metro.

R1

Mereka berhasrat untuk mencari kehidupan yang lebih selesa lepas dapat tahu saudara-mara mereka hidup terjamin di Malaysia.

Mereka sanggup berhimpit beramai-ramai dalam satu bot dengan harapan dapat membina kehidupan yang selesa di negara ini.

R2

Namun, ada yang bernasib malang apabila mereka ditipu oleh ejen sindiket selepas membayar sejumlah wang dan akhirnya mereka dijadikan mangsa pemerdangangan manusia.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, Malaysia jadi pilihan utama etnik ini sebab banyak saudara mereka seperti bapa saudara, abang dan kakak sudah lama menetap di Malaysia.

R3

Ohh sebab tu ke yang lain pun nak join sekali tinggal kat Malaysia…

Selain itu, mereka juga dikhabarkan kehidupan di Malaysia sangat selesa termasuklah dalam menjalankan kehidupan sebagai seorang Muslim selain ekonomi negara yang stabil dan peluang pekerjaan tinggi dengan gaji yang lumayan.

Itu juga salah satu faktor diorang nak masuk Malaysia.

“Bayaran bermula dari kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar di mana apabila dibawa ke pantai, sebanyak RM2,000 hingga RM2,500 dikenakan untuk membawa mereka menaiki bot ke Malaysia” 

Mereka akan dibawa ke bot kecil dahulu sebelum dipindahkan ke bot besar dan bertolak menuju ke destinasi iaitu Malaysia.

Jenayah ini memang sudah dirancang dengan pembayaran keseluruhan sebanyak RM15,000 setiap seorang akan bayar sebaik tiba di Malaysia.

Uish banyak tu 15 ribu ringgit.. 

R4

‘Perniagaan’ ini amat menguntungkan bagi ejen berkenaan sebab kos satu bot just RM 200,000 dan mereka boleh mengaut keuntungan sebanyak RM 3 juta kalau bawa masuk 200 orang dalam satu bot besar.

Pihak berkuasa juga sedang giat memburu dua individu yang menjadi dalang utama dalam aktiviti jenayah ini.

Baca : “Makin melampau!” – Pelarian Rohingya Dah Jadi Nelayan Di Malaysia, Siap Nak Tubuh Persatuan Nelayan Sendiri

Rohingya 1

 

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.