in

“Itu bukan akaun saya” – Wanita Sangkal Dakwaan TH RM30,000 Masuk Ke Akaun Bank Sendiri

makcik lesap rm30000 TH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular sejak semalam kisah seorang bekas pegawai kanan kerajaan mendakwa duit sebanyak RM30,000 di dalam akaun Tabung Haji (TH) lesap secara tiba-tiba.

Namun, hasil siasatan dilakukan Lembaga Tabung Haji mendapati dakwaan wanita terbabit yang mengesyaki wang simpanannya dipindah ke akaun milik orang lain adalah tidak benar.


Memetik sumber, Bahagian Komunikasi Korporat TH menyatakan wang yang dikeluarkan daripada akaun TH pendeposit itu sebenarnya dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya sendiri.

Artikel berkaitan: “Lepas kena tipu, bank in lagi” – Wanita Kesal Ibu Kena ‘Scam’ Lebih RM70k

“Merujuk kepada dakwaan transaksi tidak sah yang berlaku di Sarawak yang dilaporkan media hari ini, siasatan TH mendapati transaksi pemindahan wang adalah daripada akaun TH pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri,” katanya.

Screenshot 2024 03 08 101626

“Itu bukan nombor akaun saya”

Pun begitu, Datuk Jabidah Monseri, 66, yang bersara sebagai Timbalan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada 2017 terkilan dengan maklum balas TH berhubung isu kehilangan wang simpanannya, menurut Harian Metro.

Katanya, dia terkejut dengan kenyataan TH dan mempersoalkan mengapa selepas isu itu didedahkan kepada media, barulah pihak terbabit memberi maklum balas sedangkan aduan dibuat tiga bulan lalu.

“Saya tidak akan membuat perkara bodoh dan sama sekali tidak berani berbohong dengan polis apabila membuat laporan mengenai kehilangan wang di dalam akaun Tabung Haji saya.

“Kenapa tiga bulan lalu mereka tidak kata apa-apa apabila saya mengemukakan aduan tetapi apabila media mendedahkan kehilangan wang saya, barulah mereka tiba-tiba memberi maklum balas mengatakan saya mengeluarkan wang dan memasukkan ke dalam akaun sendiri,” katanya.

tabung haji

Tambahnya, dia turut musykil kerana transaksi di dalam penyata akaun yang dicetak itu tertera ‘pindahan dari TH ke akaun bank sendiri’.

“Sebab itu saya memohon Tabung Haji untuk mengesahkan akaun bank siapakah itu kerana saya tidak mempunyai nombor akaun seperti itu.

“Saya juga sudah memberitahu polis bahawa itu bukan nombor akaun saya,” katanya.

Terdahulu, wanita tersebut mendakwa kerugian lebih RM30,000 selepas wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain dan dikeluarkan dengan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sejak tahun 2018.

Dia menyedari kehilangan wang itu pada 30 November tahun lalu apabila terjumpa semula buku akaun dan mengemaskini akaun itu di pejabat TH di Kuching.

Bagaimanapun dia terkejut sebaik semakan dibuat menunjukkan akaunnya hanya berbaki RM1,816.74, sedangkan wang dalam akaun itu sepatutnya lebih RM31,000.

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.