in

“Itu adalah tarian entrance Miki Ghazali” – Peguam Dakwa Isu Penyampai Radio Era Hanya Salah Faham

isu penyampai radio salah faham peguam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media sosial kini sedang hangat dengan isu melibatkan tiga penyampai radio ERA FM yang didakwa telah mempersendakan upacara agama Hindu.

Ketiga-tiga penyampai radio terbabit dilaporkan telah membuat permohonan maaf dan digantung tugas buat sementara waktu bagi memberi laluan siasatan dalaman mengenai isu berbangkit ini.


Isu penyampai radio hanya salah faham?

Terbaharu, peguam terkenal Mahmud Jumaat tampil mendakwa isu yang sedang berlegar ini hanyalah salah faham.

Artikel berkaitan: “Jangan risau, semuanya akan baik-baik saja” – Isteri Nabil Ahmad Titip Kata Semangat Pada Suami

Artikel berkaitan: Astro Rehatkan Nabil Ahmad, Azad Jasmin & Radin Susulan Isu Tular Rakaman Video

Screenshot 2025 03 04 121406

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Mahmud menegaskan bahawa agama tidak boleh dipersendakan atau dijadikan bahan jenaka.

“Saya lihat ada banyak versi video disampaikan kepada kita semua. Pada asalnya ada satu versi yang dikongsikan kepada saya yang saya lihat ada tiga kesalahan dalam tindakan mereka.”

Mahmud menyatakan tiga kesalahan itu ialah Azad dilihat seolah-olah mempersendakan tarian kavadi yang biasa dibuat untuk upacara suci.

Kesalahan kedua apabila salah seorang daripada mereka melaungkan perkataan ‘vel vel’ yang merupakan laungan ketika perayaan Thaipusam dan kesalahan ketiga, mereka bergelak ketawa dengan situasi itu.

ohmedia img 3115 768x1350 1

Azad hanya tiru tarian entrance Muay Thai Miki Ghazali

Bagaimanapun, Mahmud mendakwa tarian yang dilakukan oleh Azad Jazmin bukanlah tarian kavadi tetapi itu merupakan tarian entrance atlet Muay Thai iaitu Miki Ghazali.

“Saya ada empat sebab mengapa tarian yang dibuat oleh Azad bukanlah tarian kavadi dan itu adalah tarian entrance Muay Thai Miki Ghazali!

“Dari gelek punggung hinggalah geleng kepala, itu sebijik macam tarian entrace Miki Ghazali. Background lagu juga adalah lagu entrance Miki Ghazali.

“Azad sendiri telah tag nama Miki Ghazali di @mikipapa dan kata “kalau nak back up dancer boleh roger tau“.

“Tunjukkan kepada saya dalam tarian Kavadi ada tak ciri-ciri seperti di atas?” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Menurut Mahmud, kesemua mereka dalam video itu sejak dari awal lagi sudah bergelak ketawa melihat aksi lucu Azad mengikut tarian Miki Ghazali.

“Siapa sangka Nabil ingin sebut ‘vel vel’ masa hujung tarian tersebut.

Namun, saya tidak rasa mereka semua ada niat untuk mempersendakan seruan ‘vel vel’ kerana mereka telah lama terhibur dengan tarian Miki Ghazali yang ditiru oleh Azad.”

Beliau menyatakan sepatutnya mereka menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku sebelum membuat permohonan maaf.

“Sebab itulah, dalam mahkamah, kita kebiasaanya nasihatkan anakguam untuk tidak terus memohon maaf dan memberi peluang untuk jelaskan apa yang berlaku.”

Justeru, beliau berharap masyarakat tidak cuba menjadi batu api untuk mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.